credit marvel.com
Hye guys ini first time saya nak buat review mengenai filem , dan filem pertama untuk saya review adalah THOR RAGNAROK , haa mesti ada yang berbelit lidah nak menyebut Ragnarok tu , apa Ragnarok tu , the destruction of his homeworld and the end of Asgardian civilization atau dalam bahasanya kemusnahan dunia dan tamadun Asgard ( lebih kurang ) .
SINOPSIS
REVIEW
Hari sabtu mak bagitau ayah nak belanja tengok wayang semua , wahh kita baru nak plan sebenarnya nak tengok wayang memang langkah kanan . Petang tu terus pergi TGV Wangsa Walk , sebenarnya saya jarang tengok di TGV , selalu tengok di GSC , memandangkan kawan saya bagitau dapat tiket RM10 bagi pemegang card debit Maybank lebih baik tengok di TGV .
Sampai pukul 5:40 , tiba di kaunter rupanya RM10 untuk tayangan sebelum pukul 6 petang , jadinya beli juga , saya sebenarnya macam blur kenapa tak beli kt GSC thru online , GSC kan lebih murah dari TGV . Dah belikan jadi pasrah jelah , total 5 orang RM105 , i told my dad RM65 lagi RM40 kita payung , sebab ayah ingatkan book kat MBO , kalau MBO ada harga warga emas .Tak sampai hati nak bagitau RM105 , takpelah saya tak kisah , kita sama2 tengok wayang kan apa salahnya share2 , sharing is caring kan .
Ambil tayangan pukul 11:30 malam , kami sekeluarga memang suka tengok mid night movie walaupun mengantuk haha . Sebab mood malam tu best sikit , lagi-lagi banyak masa , kalau ambil pukul 8 confirm dengan traffic jem lagi lepas tu terkejar kejar nak solat maghrib . Jadi kalau tengah malam senang semua dah settle .
Okey filem Thor Ragnarok kalau saya ringkaskan
- Bapa kepada Thor & Loki iaitu Odin mati , punca sakit tua atau kerinduan pada isterinya. Saya kurang pasti .
- Sebelum bapa dia pergi dia memberi tahu ada kuasa jahat lain iaitu Hela kakak sulong kepada Thor dan Loki . Hela adalah Dewa Kematian if im not mistake lah ya , Hela ni bapa dia kurung sebab kuasa dia melebihi batas dan tamak . Dulu2 sebelum kehadiran Thor & Loki , Odin & Hela yang berjuang dan menumpaskan askar dan membina kejayaan Asgard . So sekarang Hela dah terlepas .
- Sewaktu kemunculan Hela , Thor dengan aksinya membaling Hammer tapi yang mengejutkannya si Hela boleh genggam dan terus menghancurkan . See betapa hebat kuasa di Hela .
- Si Loki pula terus memanggil pulang (part ni lawak) , sewaktu perjalanan ke Asgard , Hela menepis Thor & Loki , mereka di campakkan ke dunia lain.
- Di dunia ini berjumpa dengan Hulk & Valkyrie , Valkyrie ni dulu telah bersumpah untuk melindungi Asgard , dulu sewaktu kumpulan Valkyrie cuba menumpaskan Hela mereka tewas , yang selamat sorang ni saja , then dia nak mula hidup baru tu yang dia pindah ke dunia lain .
- Masalahnya sekarang mereka cuba mencari jalan keluar untuk kembali ke Asgard , memandangkan sekarang Hela sudah menguasai dan ramai askar Asgard di bunuh . Hasil bantuan Loki mereka berjaya ke Asgard menggunakan jet curi .
- Tiba di Asgard Thor cuba menumpaskan Hela tapi tidak berjaya , yang sadnya mata Thor dah buta sebelah dah jadi macam bapa dia . Waktu adegan genting perlawanan dengan Hela dalam minda Thor muncul bapanya mengatakan kamu adalah Dewa Petir , terus kilat memancar mancar , baru Thor tau dia ada kuasa lain sebelum ini harapkan hammer je dia .
- Sewaktu pemindahan penduduk Asgard ke dalam pesawat besar , Hela muncul kembali ingatkan kena petir dah mati . Nak tak nak Thor meminta Loki menjampi untuk menghidupkan ketua syaitan , dia saja yang boleh tumpaskan Hela .
- Semua berjaya naik ke dalam pesawat dan terus keluar dari Asgard , kini Asgard sudah tiada .
- Waktu habis tu ingat dah habis rupanya ada lagi , jangan balik dulu .
- Sewaktu Thor dan Loki berbual di kapal tiba tiba ada 1 kapal besar yang muncul then tamattt. Pastinya ada part two .
Apa yang saya boleh simpulkan filem Thor agak lambat klimaks dan kurang menyengat . Saya lebih suka Thor sebelum ini . Saya bagi 3.9/5 bintang . Kalau nak tau lebih lanjut kena lah tengok cepat .


saya suka part dthor berlawan dengan hulk
ReplyDelete