Assalamualaikum all ! Selalunyakan bila fuad beli barang basah tak nampak pula orang jual kepah , tup tup semalam tengah nak cari sotong eh ternampak pula beberapa bungkusan kepah , barang kali seperti baru di kutip , herm terus lah rembat . Dalam kepala dah fikir ini masak cili sedap ni , dah terliur air kepah tu sendiri , dulu fuad ada join trip dengan tourism Malaysia kt Terengganu , kita kutip lokan , lepas kutip je terus bakar perghhh dia punya manis tu seriousss kami tak boleh nak habaq ! Heaven sungguhhh naaa .
Haa apa lagi terus fikir bahan nak masak , sambar cili halia , resepi boleh tengok di bawah , selamat mencubaaa semuaa , kalau sedapp komen kat bawah k hehe
BAHAN-BAHAN
- Kepah
- Cili Merah 10 tangkai
- Halia 3inch
- Sos Tiram 2 sudu besar
- Sos Cili 2 sudu besar
CARA MEMASAK
1. Masukkan cili merah dan halia ke dalam pengisar dan kisar kering .
2. Panaskan kuali , tuangkan minyak dan masukkan bahan kisar tadi
3. Tumiskan ia seketika
4. Masukkan 2 sudu besar sos tiram dan 2 sudu besar sos cili
5. Kacaukan ia dan masukkan 2 sudu teh garam dan 1 1/2 sudu besar gula
6. Perahkan 1/2 lemon
7. Masukkan kepah dan tuangkan sedikit air
8. Gaulkan ke semuanya sehingga keluar air kepah
9. Sedia untuk dimakan , sejujurnya manis manis kepah tu sangat sedap
Assalamualaikum all ! Siapa sini peminat western food ? Confirm ramai , lagi lagi yang suka makan chicken chop , lamb cop , apa apa chop lah , selalunya akan dihidangkan sekali sos biasa atau black pepper sos . Black Pepper sos ni boleh juga di makan dengan kentang lenyek dan coleslaw . Yang ni fuad makan dengan chicken grill memang asyikkkk .
Cuma resepi fuad ni kalau tengok warna kuah sedikit cerah , selalunyakan black pepper sos berwarna gelap , Ini sebab fuad tambah susu , bagi lemak lemak sikit , kalau nak tukar ke whipoing cream pun boleh , ada orang lebih suka rasa yang strong . For me i love both , so u all boleh mencuba , kalau sedap ikut kalau tak sedap tak perlu ikut hihi .
BAHAN-BAHAN
- Serbuk Lada Hitam
- Bawang Holland 2 ulas
- Susu Full Cream / Whipping Cream
- Tepung Jagung 2 sudu besar
- Garam
CARA MEMASAK
1. Panaskan kuali dan masukkan 1/2 butter
2. Masukkan bawang holland yang telah dihiris dadu , tumis seketika
3. Masukkan pula 4 sudu besar serbuk lada hitam , kalau rasa kurang boleh tambah lagi nanti
4. Gaulkan ia dan tambah sedikit air
5. Masukkan semuanya ke dalam pengisar , kisar sehingga hancur
6. Tuangkan sos ke dalam kuali dan masukkan susu full cream atau boleh guna whipping cream
7. 2 susu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam sos , tepung ni nak bagi sos lagi pekat .
Assalamualaikum all ! Siapa sini suka makan kentang lenyek atau dalam englishnya mashed potato u . Selalunya orang makan yang KFC punya , atau kalau makan kat kedai western ada juga disertakan dalam setiap hidangan . Fuad boleh katakan mashed potato ni agak sihat lah sebab bukan bergoreng , cuma tak boleh makan selalu sebab banyak butter , walaupun butter mempunyai kandungan nutrisi yang baik seperti vitamin A,E,D & K2 .
Butter juga full of high saturated fat , kalau makan dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan kegemukan dan risiko penyakit jantung hehe . Untuk makluman resepi fuad ni tak letak garam , sebab mashed potato ni dia lebih kepada rasa lemak tambahan kentang itu sendiri dan lenyek bila makan banyak kali akan rasa muak .
Kita tak nak terlalu flavour sangat , biar light light je , barulah kita enjoy hehe . Okey boleh tengok di bawah , kalau ada soalan boleh komen di bawah
BAHAN-BAHAN
- Kentang 12 biji
- Butter 1/2
- Susu Segar / Whpping Cream
- Serbuk Lada Hitam
CARA PENYEDIAAN
1. Rebus kentang sehingga empuk , buang kulit dan lenyekkan
Assalamualaikum all ! Kalau cakap pasal coleslaw mesti ramai pernah makan , for sure lah kepci punya. Ramai yang suka termasuklah anak anak , dimakan sekali dengan ayam , kambing , lembu memang ngamm .
Tapi kalau nak makan macam ni pun tiada masalah , boleh buat simpan stok dalam peti , bangun je buka peti makan untuk sarapan , tengah malam pula tak tau nak makan apa haa makan je coleslaw sihat pun sihat . Dahlah bahan pun tak banyak senang je .
Tapi coleslaw ni memang bukan pengembar yang tak makan sayur hehe . Okey untuk resepi fuad , ada letak lemon sikit , jadi dia akan ada rasa masam sikit , bagi yang dah biasa makan yang kepci punya mungkin rasa lain sikit tapi sedap je , bergantung masing masing punya citarasa . Boleh mencuba ...
BAHAN-BAHAN - Kobis - Lobak Merah sebatang - Serbuk Lada Hitam - Mayonis - Lemon - Garam - Gula
CARA PENYEDIAAN
1. Hiris kobis dan lobak merah sehingga halus dan masukkan ke dalam mangkuk .
2. Masukkan beberapa sudu mayonis dan gaulkan ia .
3. Perahkan sedikit air lemon
4. Masukkan garam & gula secukup rasa
5. Sedikit lada hitam , gaulkan ia bagi sebati dan masukkan ke dalam bekas , simpan di dalam peti sejuk semalaman . Boleh dimakan pada esok harinya .
Assalamualaikum all ! Kalau sebut pasal sambal belacan mesti kita kecur ayaq liuq , inilah sajian penaik selera dan wajib . Kadang tu makan nasi kicap , ikan goreng dan sambal belacan pun dah terangkat betul tak .
Kalau makan kat luar tu , nasi campur kalau tak letak sikit sambal belacan tak sah . Bukan itu saja malah sedap di masukkan ke dalam apa sahaja sajian , contoh masak sambal tumis , cili kering kisar sekali dengan belacan memang padu u .
Sambal belacan ni boleh guna cili merah sahaja atau cili api sahaja atau kita campurkan keduanya . Dia yang lagi sedap tu bila campur sekali dengan air limau nipis , kalau asam jawa sesaja kurang ummp . Okey u all boleh cuba resepi dibawah okey .
BAHAN-BAHAN - Cili Merah 4 tangkai - Cili Api 22 tangkai - Limau Nipis separuh - Air asam jawa
- Belacan 3inch
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan semua cili merah , cili api dan belacan
2. Masukkan perahan air limau nipis , air asam jawa sedikit , 2 sudu besar gula dan 2 sudu teh garam . Kisarkan ia .
Assalamualaikum all ! Fuad perhatikan masih ramai lagi yang tak tahu cara masak nasi yang betul, ada tu setiap kali masak nasi mesti lembik dah macam bubur , ada tu pula kering sampai nasi tak cukup masak dan ada pula bab masakan memang dia pandai tapi kalau bab nasi mesti gagal .
Tahu tak nasi ni sangat penting , kalau ikutkan wajib pass , kalau masak gulai sedap tapi nasi tak menjadi memang kita dah spoil ke semua hidangan . Ibarat SPM subjek biologi , kimia , fizik dapat A+ tapi subjek BM gagal sudah pasti keputusan SPM kita totally gagal . Sama juga seperti nasi , ia tunjang utama untuk menentukan you all lulus atau tidak sajian masakan melayu .
Sebenarnya nak masak nasi ni senang je yunk , yang penting kena tau teknik . So far fuad sangat jarang masak nasi lembik mahupun kering sebab fuad sendiri pun menggunakan teknik yang betul . Teknik yang betul InsyaAllah pasti menjadi . Apa apa pun bergantung juga pada setiap jenis beras yang dimasak . Ada jenis beras kena lebihkan air , contoh beras siam , beras basmati .
Ada 2 teknik , satu guna cawan beras dan satu lagi guna sukatan jari . Kalau you all guna teknik yang fuad tunjukkan mesti menjadi punya . Jika ada apa apa soalan boleh komen di bawah ya . Fuad akan jawab . Semoga berjaya !
BAHAN-BAHAN - Beras - Air
CARA MEMASAK
Cara Pertama - Sukat guna cawan
- Bilangan cawan beras bersamaan bilangan cawan air
- Contoh 4 cawan beras bersamaan 4 cawan air
Cara Kedua - Sukat guna jari
- Masukkan jari telunjuk ke dalam beras dan tanda aras beras
- Tuangkan air sehingga paras beras
- Paras beras bersamaan paras air
- Contoh aras tinggi beras 2 inch dan air juga perlu 2 inch , jumlah 4 inch .
- Nasi tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembik
Assalamualaikum all ! Kalau kita bercerita nasi ayam mesti kita terbayang keenakannya . Dengan sos cili , kicap dituang ke atas ayam goreng yang sangat juicy dan dimakan pula dengan aroma nasi ayam yang mengharumkan , gigitan daun salad timun krup krap krup krap sambil hirup sup ayam fuh memang asyikkkk you all . Tambahan nak buat nasi ayam ni pun senang jer , bahan pun tak banyak dan tak renyah .
Fuad selalu cadangkan kalau nak jamu orang makan tapi tak tau nak masak apa , haaa buat nasi ayam je , tak yah nak fikir macam macam lauk bagai . Resepi fuad ni tidak menggunakan apa apa stok ayam atau perasa tambahan , semuanya asli dari ayam itu sendiri , kalau nak buat jual pun boleh hehe . Boleh ikut resepi di bawah , kalau ada apa apa soalan boleh komen di bawah ya .
BAHAN-BAHAN
- Timun sebatang - Tomato 2 biji - Salad
SUP - Ayam 10 ketul - Daun Sup seikat
Bahan Kisar Sup - Bawang besar seulas - Bawang putih 4 ulas - Halia 3 inch
NASI - Beras 4 cawan - Sup Ayam 5 cawan - Bawang besar (dihiris) - Halia 2 inch (dihiris) - Daun Pandan 3 helai (disimpul) - Butter 1/3 - Serbuk Kunyit 1 sudu teh
PERAPAN AYAM - Kicap Manis - Kicap Masin - Sos Tiram
SOS CILI - Cili Merah 12 tangkai - Gula 2 sudu teh - Garam 2 sudu teh
- Cuka 1 sudu besar (pilihan)
KICAP - Sup Ayam - Kicap Masin - Kicap Manis
CARA MEMASAK
1. Panaskan kuali , tuangkan minyak sama paras bahan kisar . Minyak dah masukkan bahan kisar .
2. Masukkan 3 cawan air , ayam , daun sup dan 3 sudu teh garam . Kacau dan biarkan ia reneh sehingga ayam masak .
3. Untuk nasi , masukkan 4 cawan beras ke dalam periuk nasi dan basuh .
4. Selepas basuh beras masukkan hirisan bawang besar , hirisan halia , 3 helai daun pandan dan butter.
5. Tuangkan 5 cawan sup ayam , 1 1/2 sudu teh garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit .
Gaulkan ia & masak .
6. Untuk ayam , angkat semua ayam dari sup , lumurkan dengan sedikit kicap manis , masin dan sos tiram .
7. Panaskan kuali , tuangkan minyak untuk menggoreng . Minyak sudah panas masukkan ayam . Tidak perlu masak terlalu lama , cukup sekadar kulit ayam menjadi gelap dan garing
8. Untuk buat sos cili , masukkan cili , halia , 2 sudu teh garam & gula ke dalam pengisar , tuangkan air , kisar .
9. Untuk kicap hanya perlu campurkan sedikit air sup ayam , kicap manis dan kicap masin
10. Siap untuk di hidangkan bersama timun , tomato dan salad