Thursday, August 24, 2017

Nasi Lemak Paling Sedap Di Port Dickson

Jika anda bercuti atau datang ke Port Dickson tapi tak tau nak sarapan apa ? Boleh cuba nasi lemak makcik ni , saya duduk di Port Dickson sudah 5 tahun , dalam banyak banyak nasi lemak yang dijual , ini yang paling puas hati , berbaloi dan sedap ! Ini bukan propa atau iklan berbayar tapi inilah kenyataanya , saya tak akan beli nasi lemak di tempat lain . 

Nasi lemak biasa RM1 , nasi lemak 1 lauk RM3 , 2 lauk RM5 , kuih 3 RM1 .

Lokasi Gerai 
- Sebelah PETRONAS Batu 4
- Payung warna kuning 
- Pantai Batu 4
- Buka selalu jam 7:30 Pagi




haa inilah gerai makcik yang jual nasi lemak



Saya beli nasi lemak paru dan rendang daging , hanya RM5 sahaja ! Kalau nasi lemak paru RM3 , memang berbaloi sangat sangat , dah lah nasi banyak, tengok bungkusan pun dah tau .




Paru dia sangat lembut , my mom and dad memang cukup suka sekali , senang untuk mengunyah . erghh dapnyaa ..







Saya beli roti sardin 3 hanya RM1 saja ! Beli tempat lain 1 40 sen ada juga yang jual 1 50 sen


Tengok isi pun tak kedekut , rasanya pun sedap


Kesimpulannya saya boleh cakap makcik ni masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang sebab tu rasa dia pun sedap , setiap kali beli saya sentiasa mendoakan perniagaan makcik ni maju dan di limpahi rezeki . 



Wednesday, August 16, 2017

Cara Dapatkan Jualan Beribu Dari Instagram

Assalamualaikum , Hi semua apa yang saya ingin kongsikan inilah realiti yang saya buat dan praktikan , saya tidak belajar dari mana mana , semua belajar dari pengalaman dan juga explore sendiri dan hasilnya sangat boom , sebab tu saya bagitau peniaga yang tidak menjual di instagram tersangatlah rugi kerana anda sudah terlepas lubuk emas paling berharga untuk menjana pendapatan lumayan hanya dihujung jari , makcik pakcik yang duduk di kawasan kampung pun boleh buat , asalkan ada instagram .

Sila ikut 1 persatu (WAJIB)


1. Install apps Instagram di apps store atau google store.


2. Sign Up


3. Create username
- Sangt penting , username kalau boleh letak mcm ni , contoh jual tudung , jadi username tudung_wanita_murah , atau tudung_wanita_cantik , sebab fungsi utamanya ketika komen di ruangan komen gambar artis , follower mereka juga akan turut nampak username kita disitu , katakan artis tersebut ada 4 million followers , mustahil jika tiada sorang yang nampak .


4. Upload profile picture
- Pastikan gambar menarik , look simple and nice


5. Tuliskan bio , seperti postage hari apa dan sebagainya , sekurang kurangnya ada salah satu ni
- nama kedai cth Beauty Skin Store
- Harga
- Postage
- COD
- Serikan dengan emoji

Boleh tulis di note dulu then copy dan pastekan di bio , ini kerana di insta jika nak kebawah tak boleh . Di ruangan website tu boleh letak macam ni jika anda ada whatsapp , Cara MUDAH Whatsapp Tanpa Perlu Save No Telefon Terlebih Dahulu. Gantikan [notelefon] dengan nombor anda dimulakan dengan nombor 6 . Contoh: https://www.wasap.my/60123456789 .


6. Upload gambar produk yang menarik dan tertarik , kalau boleh background white , dan sebolehnya jangan letak 1 gambar , kan instagram sekarang boleh letak lebih 1 gambar untuk 1 posting. Gambar different angle , customer nak tengok material kain tersebut , walaupun tak dapat pegang tapi kalau tengok close up they will know . Jika ambil gambar sendiri it will be nice ambil gambar ada cahaya matahari samar samar , dalam banyak light , light matahari paling cantik (waktu petang) , dan background dinding rumah (mungkin kena gantung guna hanger atau pegang , terpulang , mengikut kreativiti) . sebolehnya tengok contoh2 dari seller jual tudung lain macam mana dia orang ambil gambar , seperti tudung duck dan tudung lofa , kita olehkan mengikut citra rasa kita .

Upload kena banyak , sebab nak kasi meriah , cuba bayangkan kalau kita buka kedai fizikal hanya ada jual 5 design tudung saja , kedai punya lah besar tapi tudung ada 5 je , mesti customer rasa tidak tertarik dengan kedai anda berbanding kedai sebelah  bermacam macam jenis tudung yang dia jual .


7. Letak detail mengenai produk di bawah gambar contoh kalau jual kain mesti kita nak bagitau kain ni berapa harga , berapa lebar panjang , dari mana , kain jenis apa , sejuk ke , lembut , membentuk dan sebagainya , no hp pun kena letak.


8. Letak hashtag di second comment , jangan combine detail dan hashtag , nanti nampak serabut , usually max dibenarkan 30 hashtag . Jadi kalau boleh letak semaximum mungkin .Seperti #sayajualmurah #sayajual #dresscantik #dresscantikmurah atau apa apa sahaja , sebab hashtag ni sangat berguna , sekarang insta dah jadi 1 platform dimana ramai orang cari barang kt situ , dan mereka akan tulis di bahagian hashtag , katakan dia nak beli tudung neelofa , jadi dia akan tulis tudungneelofa dan akan keluar semua gambar gambar yang telah di hashtag kan #tudungneelofa , jadi bila kita letak hashtag gambar kita akan keluar disitu , secara tak langsung kita dapat jualan , yang penting kena tau hastag yang popular , nak tau hashtag yang popular dan berkualiti ini caranya , pergi di ruangan hashtag , katakan anda jual tudung , taip tudung .


Ini antara hashtag yang popular , jadi copy semua hashtag kat sini simpan dalam note , jadi setiap kali update gambar produk copy dan pastekan saja hashtag di ruangan komen gambar produk .


Bila org klik je salah satu hashtag contoh #tudung , keluar semua gambar gambar tudung yang telah di hashtagkan #tudung . Kalau letak harga di gambar pun lebih cun .


9. Follow dalam 100 orang ke lagi banyak lagi bagus , untuk cari user aktif buka mana mana insta artis , klik di bahagian Likes (bawah photo) , follow mereka tapi tengok juga profile picture kalau fake acct atau budak jangan follow , follow mereka yang anda rasa ada potensi . kena rajin follow hari hari , follow yang aktif , tujuannya bukan saja untuk memberi tahu mengenai kedai anda malah untuk memberi tahu pada pihak instagram , profile insta anda bukan scam .


10. Buka insta artis , komen gambar mereka . AWAS jangan sesekali komen berkaitan barang yang kita jual , komen mengenai gambar mereka . Contoh Cantiknya , Lawa sangat atau apa2 sahaja mengenai gambar , selain dari itu tidak perlu  ` marii semua tudung murah cantik2 , rm10 je uolss ` terus kena ban. Juga diingatkan lagi bukan semua artis boleh terima komen anda lagi lagi dengan username @kurus_10kg_sebulan memang nampak sangat kita ig seller bukan personal . Jadi kalau dah kena block atau report jangan komen lagi di ig tersebut , salah 1 insta artis yang tak pernah rasanya persoalkan komen menjual di ruangan komen gambar iaitu DATO SITI , kalau buka insta beliau cuba tengok di komen setiap gambar penuh komen2 seller malah yang dari seberang negara pun banyak . Komen 1 gambar 1 kali saja jangan 1 gambar sampai 10 kali nak komen , nanti kalau yang lain report scam pun anda juga yang kena .

Untuk permulaan komen dalam 3 artis dulu dan sehari min 3 kali/3 sesi  , contoh tengah hari , petang dan malam , sekali sesi komen 3 insta artis , komen 1 gambar saja jangan lebih , nanti kena block/ban , kena komen kat insta yang banyak followers , tujuan komen ni bila kita komen sebilangan follower artis tersebut akan nampk username kita tadi `tudung_wanita_murah ` , secara tak langsung orang akan nampak dan klik insta kita .


Ini salah satu insta saya iaitu https://www.instagram.com/kasut_wanita_murah , tanpa pengiklan berbayar mahupun swap ig , kini sudah 63.5k followers .



Saya melihat jika anda aktif , instagram akan memaparkan gambar anda di bahagian ` EXPLORE ` secara tak langsung lebih ramai mengenali produk yang anda jual .


First kena ingat insta tu kedai anda seperti kedai kita di mall , bezanya kedai anda alam maya bukan fizikal , tapi konsepnya adalah sama saja  , kalau kedai anda cantik mesti orang tertarikkan , sama juga dengan kedai alam maya kalau instagram susunan gambar cantik kemas , gambar yang di upload pula tidak blur dan tidak kelihatan gambar lama customer pun rasa seronok untuk membeli. Malah ia memeberikan rasa keyakinan dan kepercayaan buat pelanggan terhadap kedai anda , bukan scam .

Jadi hari hari tugas anda hanya upload gambar , letak hashtag dan komen di insta artis . Saya tau bukan semua orang boleh buat walaupun nampak mudah , jika anda seorang penyabar kemungkinan untuk anda berjaya adalah besar , buat ini kena ada kesabaran yang tinggi , tolong jangan ingat buat harini esok dah dapat 10 jualan , ini salah satu faktor penyebab anda cepat give up , jadikan ia sebagai rutin harian yang menyeronokkan bukan buat kerana bebanan , paksaan mahupun tekanan .


Selamat Mencuba , saya doakan anda berjaya dan kaya 💓




Tuesday, August 15, 2017

Resepi Mee Sup Simple

BAHAN-BAHAN

- Mee Halus (bihun/mihun) atau Mee Kuning
- Ayam
- Kobis
- Bunga Kobis
- Lobak merah
- Daun bawang
- Daun sup
- 2 Kiub Ayam
- Cili Api
- Kicap
- Garam


1. Celur mee seketika dan kalau rasa dah lembut angkat toskan , tak nak celur lama2 nanti kembang . Celur tu rebus seketika .

2. Potong dadu ayam , hiris kobis dan lobak merah dan potong bunga kobis . Hiris daun sup halus2 dan hiris daun bawang . Daun sup kita tak nak tangkai , nak daun saja.

3. Panaskan kuali letak air 2 cawan , letak ayam dan 2 kiub ayam , pastikan kiub ayam hancur . Kacau2 dan masukkan kobis , bunga kobis , lobak merah , daun bawang , daun sup . Kalau rasa kering tambahkan air sikit .

4. Api biar sederhana tunggu seketika sehingga ayam dan sayur kelihatan masak .

5. Dah agak2 masak , tutup api . Letak mee di mangkuk , tuangkan sup tadi , hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng (jika ada) .

6. Tak sah jika tiada sambal , ambil 10 tangkai cili padi , hiriskan , letak di bekas kecil , titiskan beberapa kicap , gaulkan dengan cili tadi . Tuangkan ke atas mee sup tadi . Kalau tak cukup pedas boleh tambah lagi cili api . Selamat Mencuba 💓


Monday, August 14, 2017

Resepi Sos Spaghetti Mudah dan Sedap

BAHAN-BAHAN

- Spaghetti
- Daging (bukan daging cincang atau daging burger)
- 11 Biji Tomato
- 1 Ulas Bawang Holland
- 1 Tin Cendawan Butang
- Butter (separuh saja)
- 1 Genggam cili kering
- Italian Season


1. Rebus daging , potong kecil2 bagi cepat masak , rebus tomato sampai terbuka kulit dan rebus spagetti dan rebus atau rendamkan saja cili kering . Agak2 cili kering dah lembut , letak dalam pengisar , letak air sikit jangan banyak kita nak buatkan paste saja , blend kan ia . Ketepikan dulu.







2. Hiris cendawan butang dan bawang holland.




3. Selepas nampak kulit tomato sudah terkeluar dan empuk , toskan air dan rendam dalam air sejuk , tak rendam pun tak apa , ini kerana untuk bagi tomato sejuk jadi senang nak buang kulitnya , kulit kita tak nak .


4. Yang bahagian atas bulat tu pun kita tak nak .



5. Masukkan kesemua tomato dan bawang tadi . Blend kan .




6. Daging yang telah direbus tadi angkat . Daging ni boleh pilih sama ada nk blend guna pengisar halus atau hiris kecil2 buat dadu . Saya lebih suka hiris dadu kecil2 , tapi saya nak cepat blend kan aja hehe. Ini daging yang telah di blendkan tadi .



7. Panaskan kuali , letak minyak , terpulang banyak atau sikit , saya letak sikit . Masukkan daging terpulang nak letak banyak atau sikit . Gaulkan ia , api jangan besar.



8. Masukkan separuh butter , butter ni tak kisah jenama apa pun boleh . Masukkan pula tomato yang di blend kan tadi , gaul2 dan masukkan paste cili kering dalam 2 sudu besar , kalau nak pedas tambah lagi . 



9. Masukkan cendawan yang telah dihiris .



10. Masukkan Italian Season dan garam secukup rasa . Gaul dan rasa , kalau tak rasa sangat italian season tu buh lagi , saya letak banyak . Kalau tawar tambah garam sikit . Gaulkan , kalau rasa nak pekat biarkan lama sedikit , kalau nak cair tutup saja api , sedia untuk dihidangkan bersama spaghetti.



11. Inilah Italian Season , dalam ni semua  ada , oregano , rosemary , sage , thyme , basil , savory dan marjoram , kalau tak ada bahan penting ni memang tak rasa kuah spagetti hehe . Boleh dapatkan di pasaraya .




12. Tadaa dah siap , nyum nyum , kalau atas tu letak white sos lagi ummmpp . Sedap , mudah dan berkhasiat , ramuan yang kita gunakan semua fresh bukan dalam tin . Mungkin nak tambah capsicum pun boleh , tiada masalah . Selamat Mencuba 💓





Sunday, August 13, 2017

Resepi Ayam Panggang

BAHAN-BAHAN
- Ayam
- Sos Cili
- Sos Tiram
- Kicap
- Kobis
- Lobak merah


1. Ambil sebahagian ayam seperti peha , kepak , dada atau terpulang mana2 pun boleh asalkan ayam . Buang kulit ayam dan lemak , basuh bersih2 letak dalam bekas , masukkan sos cili sikit , sos tiram sikit , kicap sikit , gaul2 kannya .

2. Bakar dalam 15 minit begitu , saya letak suhu paling kuat , pastikan sentiasa tengok takut hangus pula ayam. Bila dah nampak luar ayam tu nampak garing dan cantik , keluarkannya. Serious sedap !

3. Hiris halus2 atau ikut citarasa tersendiri nak hiris besar ke kecil , ketepikan . Hiris kobis halus2 dan lobak merah , gaulkan sekali dengan ayam yang dihiris tadi .

4. Boleh dimakan begitu saja atau kalau nak tambah mayonis sikit pun boleh . Makan dengan roti boleh , roti kebab boleh , tortila . Ini khas untuk mereka yang tak nak makan nasi , jadi 1 hidangan ada ayam ada sayur ada roti , semua ada dan yang penting tiada minyak dan sihat .













Resepi Lempeng & Sambal Ikan Bilis

BAHAN-BAHAN

Lempeng
- Tepung gandum
- Garam
- Air

Sambal Ikan Bilis
- Cili kering
- 2 Bawang merah besar
- Ikan bilis
- Garam
- Gula
- Air asam jawa


1. Untuk buat lempeng , tuang tepung gandum dalam bekas , sukatan sesuka hati , kalau nak buat banyak maka banyak tepung diguna . Letak garam secukup rasa dan air gaulkan dengan sudu sampai cair , bergantung pada seseorang kalau nak tebal buat pekat , kalau nak nipis buat cair , macam saya suka nipis2 .

2. Panaskan kuali api jangan besar , tuangkan adunan tepung tadi guna senduk , ratakan di kuali , nampak dah gelembung atas tu terbalik kan , then angkat . Then tuang lagi 1 persatu , 1 senduk 1 lempeng.

3. Untuk sambal ikan bilis , pertama goreng ikan bilis dulu , tos dan tepikan . Rebus cili kering , sukatan tu bergantung pada tahap pedas , mcm saya ambil segenggam baru terasa pedas . Bila tengok cili kering dah nampk lembut (tak kering) , angkat buang air , ambil cili saja , ketepikan . Tujuan rebus cili ni nak bgi dia lembut senang blend , ada orang rendam saja dengan air.

4. Buang kulit bawang dan basuh . 1 bawang dihiris2 dan 1 lagi potong 4 sebab nak masukkan dalam blender . Ambil cili tadi masuk dalam blender dan bawang , tuang air paras cili dan blend .

5. Panaskan minyak , biar betul2 dah panas masukkan cili dan bawang yang telah di blend tadi . Letak secukup rasa garam dan gula , letakkan air asam jawa sedikit (kalau tak nak letak pun tak apa) kacau2 dan masukkan bawang yang dihiris tadi , lepas kacau rasa , kalau rasa tawar tambh kan lagi garam , kalau tak cukup manis tambah kan gula , masak sambal ni gula lebih banyak dari garam .

6. Kalau rasa dah cukup masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi , gaul gaul kan , rasa lagi sedap tak ? kot ada yang kurang ke kan , kalau rasa semua cukup biarkan ia seketikan dan gaul , kalau nk pekat biar lama sikit , kalau nak sambal cair tak perlu lama2 .

Ini hasilnya lempeng dan sambal ikan bilis , simple je kan 💓







Turun 7KG Sebulan Tanpa Bersenam

UPDATE 4/9/2017

3/7/2017 - 84KG
3/8/2017 - 77KG (Loss 7Kg) (Bulan Pertama)
3/9/2017 - 74KG (Loss 3Kg) (Bulan Kedua)

Penurunan sebanyak : 10KG

Harini saya check berat turun 74kg , penurunan sebanyak 3kg bagi bulan 8 . Saya fikir kenapa bulan 8 turun sikit mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja sampaikan pemakanan tidak terurus dengan betul , kadang kala skip buah apple dan green tea , tambahan pula Raya Haji , dengan makan nasi dagang , soto , rendang , pulut kuning bertambah tambah pula tu dengan kek coklat , pizza lagi . Tapi kira okey sangat dalam tempoh 2 bulan saja turun 10kg walaupaun tanpa bersenam. Satu pencapaian yang baik . Tinggal 3kg saja lagi untuk dapat BMI Normal Weight . In sya Allah bulan 9 ni.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum , hai semua . Saya nak bercerita mengenai perubahan yang saya alami dalam tempoh sebulan , saya ni jenis yang malas bersenam , dulu dah decide nak jogging hari2 di taman sini waktu petang siap beli kasut seluar baju baru nak bagi semangat , tapi malangnya dalam tempoh 2 minggu saja lepas tu dah malas , hehe . Jujur saya katakan nak bersenam ni perlukan semangat yang kuat , tapi bagi saya paling senang boleh buat senaman di rumah , which is skipping kan lebih banyak bakar kalori , jadi boleh skipping di halaman rumah . Tali pun saya dah beli tapi begitulah rupanya takat seminggu je .

Lepas tu decide nak pergi gym tapi malu pula , akhirnya semua tak buat . Walaubagaimanapun saya jenis kawal pemakanan , boleh katakan saya seorang tidak gemar minum air manis2 , jika makan di luar saja baru order air bergula , boleh katakan setahun adalah 2 kali saya bancuh milo di rumah . Lagi 1 saya tak gemar makan junk food , chip2 , banyak garam banyak msg , bahan pengawet dan sebagainya .

Lama kelamaan after raya haritu saya rasa berat dah naik sikit , perut pun macam makin kedepan , peha pun dah nak jadi peha anak gajah , bila pakai baju nampak spare tyre kiri kanan , jadi timbul kesedaran untuk makan makanan sihat , why dont jangan makan nasi , kurangkan minyak , banyakkan sayur , buah. Saya pun buat search mengenai makanan .

Saya ada terjumpa 1 diet kat youtube , makan telur saja boleh kurus , mungkin ramai yang tau hal ini , saya fikir kalau hari2 nak telan sampai 6 biji telur rebus sedangkan badan kita memerlukan semua nutrisi . Boleh lihat di piramid makanan .

Saya amalkan pemakanan sihat pada 3/7/2017 , ini bukan DIET tapi PEMAKANAN SIHAT , saya masih makan nasi dan sebagainya . Sebulan adalah 3 kali itu pun sebab datang rumah orang , rezeki depan mata jangan ditolak . Saya kurang bersetuju ada yang diet sampai sanggup berlapar . Bila perut kosong angin masuk , kepala pening datang pelbagai penyakit , akhirnya diri sendiri yang merana kan.

Saya juga kurang bersetuju hanya makan 1 jenis makanan sahaja setiap sehari , bagaimana pula dengan protein ? Energy ? Carbohydrates ? Vitamins ? Minerals ? Vegetable ? Bukankah badan kita perlukan nutrisi semua itu ? Jika badan tidak mencukupi zat how they want protect your body ? How they want fight bacteria , penyakit and grow ur system? Ramai tak suka makan oat , oat sangat kaya dengan fibre dan reduce cholesterol . Kurus tidak semestinya tiada kolestrol , kolestrol yang berada di dalam saluran darah . 

Apakah terjadi bila kolestrol telah memenuhi ruang salur darah ? Semestinya menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit menyebabkan jantung tidak dapat mengepam dengan begitu baik , akhirnya datang penyakit jantung , strok dan pelbagai penyakit lagi . Pokok pangkalnya berbalik kepada normal , makan jangan berlebih lebihan , kurangkann minyak , gula dan garam . Makan makanan berkhasiat , banyakkan bersenam (kalau rajin lagi bagus) .

Jadi selama sebulan saya amalkan pemakanan sihat berat dari 84kg turun ke 77kg , rasa macam tak percaya sebab niat bukanlah nak turun mendadak sebegini . Bulan 8 ni In sya Allah mudah mudahan turun 5kg untuk dapat BMI Normal .

Hasil kajian , buah apple , green tea dan oat sangat bagus untuk kesihatan kita , kadang2 kita makan makan makan , senaman pula tidak buat , dah tu ditambah pula dengan makanan yang tidak berkhasiat , mula segala lemak2 tepu betapa kat badan , jadi kita fikir makanan apa yg dapat membuang semua lemak2 tanpa bersenam , iaitu apple dan green tea , 2 ini sangat bagus membuang lemak2 jahat malah green tea dapat menaikkan kadar metabolisma dalam badan dan membakar kalori . Boleh search di google mengenai kebaikkannya . Ini menu makanan yang saya amalkan hari hari.

PAGI
- Green Tea (200ml)
- 1 Biji Buah Apple
- Roti sekeping atau boleh tukar ke roti prata atau roti tortila atau biskut , terpulang asalkan jangan makan nasi lemak , roti canai , mee goreng yang banyak mengandungi minyak.

TENGAH HARI
- Green Tea
- 1 Biji buah apple
- Ayam 2 ketol di panggang atau grill atau di rebus , boleh tukar dengan ikan , telur dan sebagainya.
- Sup sayur campur atau tomyam sayur atau sayur mentah seperti salad

PETANG
- Green Tea
- 1 Biji buah apple

Malam
- Green Tea
- 1 Biji buah apple
- Oat atau sup sayur lebih tengah hari tadi atau tak makan
* Oat pula ambil 6 sudu besar , oat walaupun bagus tapi ada kalori .
* Oat boleh makan dengah buah atau terpulang , saya makan dengan buah memang tak boleh telan sebab tak letak susu manis . Mula2 letak susu manis sikit , lepas2 tu dah boleh makan mentah2.
* Cara tak nak bagi muak ketika makan oat , air jangan banyak biar nice2 je janji oat tu dah larut.

Jadi hari hari saya amalkan ni saja , kalau boleh jangan tak makan sayur langsung , saya tau ramai tak suka sayur , makan pun selice je , sayur sangat bagus .

Jika tak boleh amalkan pemakanan yang saya ambil terpulang pada anda nak makan apa yang pasti anda tahu setiap pemakanan yang diambil , pastikan makanan sihat dan makan tidak berlebihan .

Yang penting GREEN TEA dan APPLE  JANGAN SKIP . Sebab Green Tea dan Apple TERAJU UTAMA proses pembuangan kolestrol .




Apple saya beli di pasaraya Billion , 1 biji 39 sen ,sebulan 120 biji 


Dibawah ini gambar makanan yang saya buat , tak nak ikut pun tak apa .


Ayam rebus di hiris2 dan gaul dengan kobis , makan dengan roti





Ikan Stim , letak bawang merah , cili , halia dan sos tiram sikit , yang bawah tu sup sayur



Ayam di grill tanpa minyak dimakan dengan daun salad


Ayam digril tanpa minyak , kobis , bawang , wrap dengan roti tortila


Roti wholemeal , salad dan telur goreng minyak cikit je tak nak kasi melekat


Mihun sup tanpa minyak , ayam , sayur , daun bawang, daun sup


Ayam panggang dihiris hiris dan di campur dengan hirisan kobis mentah dan lobak merah


Bunga kobis dan lobak merah direbus , ayam di panggang



Dan 1 lagi suka saya ingatkan ini bukan diet tapi pemakanan sihat , jika rajin boleh bersenam , air masak jangan lupa minum. Mungkin orang akan cakap tak boleh sebab tak boleh hidup tanpa nasi , tapi saya lagi tak boleh hidup tanpa nasi , saya kalau tak makan nasi boleh jadi pening , wajib nak makan nasi , tapi lepas amalkan perut saya langsung dah tak minta nasi , dan bukan itu saja perut tak rasa lapar , sedia kita maklum apple itu sendiri ada fibre . Perut tak lapar bukan bermakna tak perlu makan makanan lain , nutrisi itu penting . Pasti ada yang fikir susah tak makan nasi dan sebagainya , nafus makan kita kuat wak , okey begini why dont untuk permulaan jangan ikut pemakanan yang saya amalkan tapi mula dengan ambil buah apple dan green tea dulu , 4 kali sehari pagi tengah hari petang dan makan , sekurang kurang2 ada juga sumber dapat membuang kolestrol malah jika turun sebulan 2kg-3kg pun sudah cukup baguskan baru ada semangat untuk next step . Mungkin anda boleh cuba lepas ini dan lihat hasilnya :)


LATEST PICTURE 4/9/2017