Wednesday, August 16, 2017

Cara Dapatkan Jualan Beribu Dari Instagram

Assalamualaikum , Hi semua apa yang saya ingin kongsikan inilah realiti yang saya buat dan praktikan , saya tidak belajar dari mana mana , semua belajar dari pengalaman dan juga explore sendiri dan hasilnya sangat boom , sebab tu saya bagitau peniaga yang tidak menjual di instagram tersangatlah rugi kerana anda sudah terlepas lubuk emas paling berharga untuk menjana pendapatan lumayan hanya dihujung jari , makcik pakcik yang duduk di kawasan kampung pun boleh buat , asalkan ada instagram .

Sila ikut 1 persatu (WAJIB)


1. Install apps Instagram di apps store atau google store.


2. Sign Up


3. Create username
- Sangt penting , username kalau boleh letak mcm ni , contoh jual tudung , jadi username tudung_wanita_murah , atau tudung_wanita_cantik , sebab fungsi utamanya ketika komen di ruangan komen gambar artis , follower mereka juga akan turut nampak username kita disitu , katakan artis tersebut ada 4 million followers , mustahil jika tiada sorang yang nampak .


4. Upload profile picture
- Pastikan gambar menarik , look simple and nice


5. Tuliskan bio , seperti postage hari apa dan sebagainya , sekurang kurangnya ada salah satu ni
- nama kedai cth Beauty Skin Store
- Harga
- Postage
- COD
- Serikan dengan emoji

Boleh tulis di note dulu then copy dan pastekan di bio , ini kerana di insta jika nak kebawah tak boleh . Di ruangan website tu boleh letak macam ni jika anda ada whatsapp , Cara MUDAH Whatsapp Tanpa Perlu Save No Telefon Terlebih Dahulu. Gantikan [notelefon] dengan nombor anda dimulakan dengan nombor 6 . Contoh: https://www.wasap.my/60123456789 .


6. Upload gambar produk yang menarik dan tertarik , kalau boleh background white , dan sebolehnya jangan letak 1 gambar , kan instagram sekarang boleh letak lebih 1 gambar untuk 1 posting. Gambar different angle , customer nak tengok material kain tersebut , walaupun tak dapat pegang tapi kalau tengok close up they will know . Jika ambil gambar sendiri it will be nice ambil gambar ada cahaya matahari samar samar , dalam banyak light , light matahari paling cantik (waktu petang) , dan background dinding rumah (mungkin kena gantung guna hanger atau pegang , terpulang , mengikut kreativiti) . sebolehnya tengok contoh2 dari seller jual tudung lain macam mana dia orang ambil gambar , seperti tudung duck dan tudung lofa , kita olehkan mengikut citra rasa kita .

Upload kena banyak , sebab nak kasi meriah , cuba bayangkan kalau kita buka kedai fizikal hanya ada jual 5 design tudung saja , kedai punya lah besar tapi tudung ada 5 je , mesti customer rasa tidak tertarik dengan kedai anda berbanding kedai sebelah  bermacam macam jenis tudung yang dia jual .


7. Letak detail mengenai produk di bawah gambar contoh kalau jual kain mesti kita nak bagitau kain ni berapa harga , berapa lebar panjang , dari mana , kain jenis apa , sejuk ke , lembut , membentuk dan sebagainya , no hp pun kena letak.


8. Letak hashtag di second comment , jangan combine detail dan hashtag , nanti nampak serabut , usually max dibenarkan 30 hashtag . Jadi kalau boleh letak semaximum mungkin .Seperti #sayajualmurah #sayajual #dresscantik #dresscantikmurah atau apa apa sahaja , sebab hashtag ni sangat berguna , sekarang insta dah jadi 1 platform dimana ramai orang cari barang kt situ , dan mereka akan tulis di bahagian hashtag , katakan dia nak beli tudung neelofa , jadi dia akan tulis tudungneelofa dan akan keluar semua gambar gambar yang telah di hashtag kan #tudungneelofa , jadi bila kita letak hashtag gambar kita akan keluar disitu , secara tak langsung kita dapat jualan , yang penting kena tau hastag yang popular , nak tau hashtag yang popular dan berkualiti ini caranya , pergi di ruangan hashtag , katakan anda jual tudung , taip tudung .


Ini antara hashtag yang popular , jadi copy semua hashtag kat sini simpan dalam note , jadi setiap kali update gambar produk copy dan pastekan saja hashtag di ruangan komen gambar produk .


Bila org klik je salah satu hashtag contoh #tudung , keluar semua gambar gambar tudung yang telah di hashtagkan #tudung . Kalau letak harga di gambar pun lebih cun .


9. Follow dalam 100 orang ke lagi banyak lagi bagus , untuk cari user aktif buka mana mana insta artis , klik di bahagian Likes (bawah photo) , follow mereka tapi tengok juga profile picture kalau fake acct atau budak jangan follow , follow mereka yang anda rasa ada potensi . kena rajin follow hari hari , follow yang aktif , tujuannya bukan saja untuk memberi tahu mengenai kedai anda malah untuk memberi tahu pada pihak instagram , profile insta anda bukan scam .


10. Buka insta artis , komen gambar mereka . AWAS jangan sesekali komen berkaitan barang yang kita jual , komen mengenai gambar mereka . Contoh Cantiknya , Lawa sangat atau apa2 sahaja mengenai gambar , selain dari itu tidak perlu  ` marii semua tudung murah cantik2 , rm10 je uolss ` terus kena ban. Juga diingatkan lagi bukan semua artis boleh terima komen anda lagi lagi dengan username @kurus_10kg_sebulan memang nampak sangat kita ig seller bukan personal . Jadi kalau dah kena block atau report jangan komen lagi di ig tersebut , salah 1 insta artis yang tak pernah rasanya persoalkan komen menjual di ruangan komen gambar iaitu DATO SITI , kalau buka insta beliau cuba tengok di komen setiap gambar penuh komen2 seller malah yang dari seberang negara pun banyak . Komen 1 gambar 1 kali saja jangan 1 gambar sampai 10 kali nak komen , nanti kalau yang lain report scam pun anda juga yang kena .

Untuk permulaan komen dalam 3 artis dulu dan sehari min 3 kali/3 sesi  , contoh tengah hari , petang dan malam , sekali sesi komen 3 insta artis , komen 1 gambar saja jangan lebih , nanti kena block/ban , kena komen kat insta yang banyak followers , tujuan komen ni bila kita komen sebilangan follower artis tersebut akan nampk username kita tadi `tudung_wanita_murah ` , secara tak langsung orang akan nampak dan klik insta kita .


Ini salah satu insta saya iaitu https://www.instagram.com/kasut_wanita_murah , tanpa pengiklan berbayar mahupun swap ig , kini sudah 63.5k followers .



Saya melihat jika anda aktif , instagram akan memaparkan gambar anda di bahagian ` EXPLORE ` secara tak langsung lebih ramai mengenali produk yang anda jual .


First kena ingat insta tu kedai anda seperti kedai kita di mall , bezanya kedai anda alam maya bukan fizikal , tapi konsepnya adalah sama saja  , kalau kedai anda cantik mesti orang tertarikkan , sama juga dengan kedai alam maya kalau instagram susunan gambar cantik kemas , gambar yang di upload pula tidak blur dan tidak kelihatan gambar lama customer pun rasa seronok untuk membeli. Malah ia memeberikan rasa keyakinan dan kepercayaan buat pelanggan terhadap kedai anda , bukan scam .

Jadi hari hari tugas anda hanya upload gambar , letak hashtag dan komen di insta artis . Saya tau bukan semua orang boleh buat walaupun nampak mudah , jika anda seorang penyabar kemungkinan untuk anda berjaya adalah besar , buat ini kena ada kesabaran yang tinggi , tolong jangan ingat buat harini esok dah dapat 10 jualan , ini salah satu faktor penyebab anda cepat give up , jadikan ia sebagai rutin harian yang menyeronokkan bukan buat kerana bebanan , paksaan mahupun tekanan .


Selamat Mencuba , saya doakan anda berjaya dan kaya 💓




No comments:

Post a Comment