3/7/2017 - 84KG
3/8/2017 - 77KG (Loss 7Kg) (Bulan Pertama)
3/9/2017 - 74KG (Loss 3Kg) (Bulan Kedua)
Penurunan sebanyak : 10KG
Harini saya check berat turun 74kg , penurunan sebanyak 3kg bagi bulan 8 . Saya fikir kenapa bulan 8 turun sikit mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja sampaikan pemakanan tidak terurus dengan betul , kadang kala skip buah apple dan green tea , tambahan pula Raya Haji , dengan makan nasi dagang , soto , rendang , pulut kuning bertambah tambah pula tu dengan kek coklat , pizza lagi . Tapi kira okey sangat dalam tempoh 2 bulan saja turun 10kg walaupaun tanpa bersenam. Satu pencapaian yang baik . Tinggal 3kg saja lagi untuk dapat BMI Normal Weight . In sya Allah bulan 9 ni.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum , hai semua . Saya nak bercerita mengenai perubahan yang saya alami dalam tempoh sebulan , saya ni jenis yang malas bersenam , dulu dah decide nak jogging hari2 di taman sini waktu petang siap beli kasut seluar baju baru nak bagi semangat , tapi malangnya dalam tempoh 2 minggu saja lepas tu dah malas , hehe . Jujur saya katakan nak bersenam ni perlukan semangat yang kuat , tapi bagi saya paling senang boleh buat senaman di rumah , which is skipping kan lebih banyak bakar kalori , jadi boleh skipping di halaman rumah . Tali pun saya dah beli tapi begitulah rupanya takat seminggu je .
Lepas tu decide nak pergi gym tapi malu pula , akhirnya semua tak buat . Walaubagaimanapun saya jenis kawal pemakanan , boleh katakan saya seorang tidak gemar minum air manis2 , jika makan di luar saja baru order air bergula , boleh katakan setahun adalah 2 kali saya bancuh milo di rumah . Lagi 1 saya tak gemar makan junk food , chip2 , banyak garam banyak msg , bahan pengawet dan sebagainya .
Lama kelamaan after raya haritu saya rasa berat dah naik sikit , perut pun macam makin kedepan , peha pun dah nak jadi peha anak gajah , bila pakai baju nampak spare tyre kiri kanan , jadi timbul kesedaran untuk makan makanan sihat , why dont jangan makan nasi , kurangkan minyak , banyakkan sayur , buah. Saya pun buat search mengenai makanan .
Saya ada terjumpa 1 diet kat youtube , makan telur saja boleh kurus , mungkin ramai yang tau hal ini , saya fikir kalau hari2 nak telan sampai 6 biji telur rebus sedangkan badan kita memerlukan semua nutrisi . Boleh lihat di piramid makanan .
Saya amalkan pemakanan sihat pada 3/7/2017 , ini bukan DIET tapi PEMAKANAN SIHAT , saya masih makan nasi dan sebagainya . Sebulan adalah 3 kali itu pun sebab datang rumah orang , rezeki depan mata jangan ditolak . Saya kurang bersetuju ada yang diet sampai sanggup berlapar . Bila perut kosong angin masuk , kepala pening datang pelbagai penyakit , akhirnya diri sendiri yang merana kan.
Saya juga kurang bersetuju hanya makan 1 jenis makanan sahaja setiap sehari , bagaimana pula dengan protein ? Energy ? Carbohydrates ? Vitamins ? Minerals ? Vegetable ? Bukankah badan kita perlukan nutrisi semua itu ? Jika badan tidak mencukupi zat how they want protect your body ? How they want fight bacteria , penyakit and grow ur system? Ramai tak suka makan oat , oat sangat kaya dengan fibre dan reduce cholesterol . Kurus tidak semestinya tiada kolestrol , kolestrol yang berada di dalam saluran darah .
Apakah terjadi bila kolestrol telah memenuhi ruang salur darah ? Semestinya menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit menyebabkan jantung tidak dapat mengepam dengan begitu baik , akhirnya datang penyakit jantung , strok dan pelbagai penyakit lagi . Pokok pangkalnya berbalik kepada normal , makan jangan berlebih lebihan , kurangkann minyak , gula dan garam . Makan makanan berkhasiat , banyakkan bersenam (kalau rajin lagi bagus) .
Jadi selama sebulan saya amalkan pemakanan sihat berat dari 84kg turun ke 77kg , rasa macam tak percaya sebab niat bukanlah nak turun mendadak sebegini . Bulan 8 ni In sya Allah mudah mudahan turun 5kg untuk dapat BMI Normal .
Hasil kajian , buah apple , green tea dan oat sangat bagus untuk kesihatan kita , kadang2 kita makan makan makan , senaman pula tidak buat , dah tu ditambah pula dengan makanan yang tidak berkhasiat , mula segala lemak2 tepu betapa kat badan , jadi kita fikir makanan apa yg dapat membuang semua lemak2 tanpa bersenam , iaitu apple dan green tea , 2 ini sangat bagus membuang lemak2 jahat malah green tea dapat menaikkan kadar metabolisma dalam badan dan membakar kalori . Boleh search di google mengenai kebaikkannya . Ini menu makanan yang saya amalkan hari hari.
PAGI
- Green Tea (200ml)
- 1 Biji Buah Apple
- Roti sekeping atau boleh tukar ke roti prata atau roti tortila atau biskut , terpulang asalkan jangan makan nasi lemak , roti canai , mee goreng yang banyak mengandungi minyak.
TENGAH HARI
- Green Tea
- 1 Biji buah apple
- Ayam 2 ketol di panggang atau grill atau di rebus , boleh tukar dengan ikan , telur dan sebagainya.
- Sup sayur campur atau tomyam sayur atau sayur mentah seperti salad
PETANG
- Green Tea
- 1 Biji buah apple
Malam
- Green Tea
- 1 Biji buah apple
- Oat atau sup sayur lebih tengah hari tadi atau tak makan
* Oat pula ambil 6 sudu besar , oat walaupun bagus tapi ada kalori .
* Oat boleh makan dengah buah atau terpulang , saya makan dengan buah memang tak boleh telan sebab tak letak susu manis . Mula2 letak susu manis sikit , lepas2 tu dah boleh makan mentah2.
* Cara tak nak bagi muak ketika makan oat , air jangan banyak biar nice2 je janji oat tu dah larut.
Jadi hari hari saya amalkan ni saja , kalau boleh jangan tak makan sayur langsung , saya tau ramai tak suka sayur , makan pun selice je , sayur sangat bagus .
Jika tak boleh amalkan pemakanan yang saya ambil terpulang pada anda nak makan apa yang pasti anda tahu setiap pemakanan yang diambil , pastikan makanan sihat dan makan tidak berlebihan .
Jika tak boleh amalkan pemakanan yang saya ambil terpulang pada anda nak makan apa yang pasti anda tahu setiap pemakanan yang diambil , pastikan makanan sihat dan makan tidak berlebihan .
Yang penting GREEN TEA dan APPLE JANGAN SKIP . Sebab Green Tea dan Apple TERAJU UTAMA proses pembuangan kolestrol .
Apple saya beli di pasaraya Billion , 1 biji 39 sen ,sebulan 120 biji
Dibawah ini gambar makanan yang saya buat , tak nak ikut pun tak apa .
Ayam rebus di hiris2 dan gaul dengan kobis , makan dengan roti
Ikan Stim , letak bawang merah , cili , halia dan sos tiram sikit , yang bawah tu sup sayur
Ayam di grill tanpa minyak dimakan dengan daun salad
Ayam digril tanpa minyak , kobis , bawang , wrap dengan roti tortila
Roti wholemeal , salad dan telur goreng minyak cikit je tak nak kasi melekat
Mihun sup tanpa minyak , ayam , sayur , daun bawang, daun sup
Ayam panggang dihiris hiris dan di campur dengan hirisan kobis mentah dan lobak merah
Bunga kobis dan lobak merah direbus , ayam di panggang
Dan 1 lagi suka saya ingatkan ini bukan diet tapi pemakanan sihat , jika rajin boleh bersenam , air masak jangan lupa minum. Mungkin orang akan cakap tak boleh sebab tak boleh hidup tanpa nasi , tapi saya lagi tak boleh hidup tanpa nasi , saya kalau tak makan nasi boleh jadi pening , wajib nak makan nasi , tapi lepas amalkan perut saya langsung dah tak minta nasi , dan bukan itu saja perut tak rasa lapar , sedia kita maklum apple itu sendiri ada fibre . Perut tak lapar bukan bermakna tak perlu makan makanan lain , nutrisi itu penting . Pasti ada yang fikir susah tak makan nasi dan sebagainya , nafus makan kita kuat wak , okey begini why dont untuk permulaan jangan ikut pemakanan yang saya amalkan tapi mula dengan ambil buah apple dan green tea dulu , 4 kali sehari pagi tengah hari petang dan makan , sekurang kurang2 ada juga sumber dapat membuang kolestrol malah jika turun sebulan 2kg-3kg pun sudah cukup baguskan baru ada semangat untuk next step . Mungkin anda boleh cuba lepas ini dan lihat hasilnya :)
LATEST PICTURE 4/9/2017
LATEST PICTURE 4/9/2017















No comments:
Post a Comment