- Spaghetti
- Daging (bukan daging cincang atau daging burger)
- 11 Biji Tomato
- 1 Ulas Bawang Holland
- 1 Tin Cendawan Butang
- Butter (separuh saja)
- 1 Genggam cili kering
- Italian Season
1. Rebus daging , potong kecil2 bagi cepat masak , rebus tomato sampai terbuka kulit dan rebus spagetti dan rebus atau rendamkan saja cili kering . Agak2 cili kering dah lembut , letak dalam pengisar , letak air sikit jangan banyak kita nak buatkan paste saja , blend kan ia . Ketepikan dulu.
2. Hiris cendawan butang dan bawang holland.
3. Selepas nampak kulit tomato sudah terkeluar dan empuk , toskan air dan rendam dalam air sejuk , tak rendam pun tak apa , ini kerana untuk bagi tomato sejuk jadi senang nak buang kulitnya , kulit kita tak nak .
4. Yang bahagian atas bulat tu pun kita tak nak .
5. Masukkan kesemua tomato dan bawang tadi . Blend kan .
6. Daging yang telah direbus tadi angkat . Daging ni boleh pilih sama ada nk blend guna pengisar halus atau hiris kecil2 buat dadu . Saya lebih suka hiris dadu kecil2 , tapi saya nak cepat blend kan aja hehe. Ini daging yang telah di blendkan tadi .
7. Panaskan kuali , letak minyak , terpulang banyak atau sikit , saya letak sikit . Masukkan daging terpulang nak letak banyak atau sikit . Gaulkan ia , api jangan besar.
8. Masukkan separuh butter , butter ni tak kisah jenama apa pun boleh . Masukkan pula tomato yang di blend kan tadi , gaul2 dan masukkan paste cili kering dalam 2 sudu besar , kalau nak pedas tambah lagi .
9. Masukkan cendawan yang telah dihiris .
10. Masukkan Italian Season dan garam secukup rasa . Gaul dan rasa , kalau tak rasa sangat italian season tu buh lagi , saya letak banyak . Kalau tawar tambah garam sikit . Gaulkan , kalau rasa nak pekat biarkan lama sedikit , kalau nak cair tutup saja api , sedia untuk dihidangkan bersama spaghetti.
11. Inilah Italian Season , dalam ni semua ada , oregano , rosemary , sage , thyme , basil , savory dan marjoram , kalau tak ada bahan penting ni memang tak rasa kuah spagetti hehe . Boleh dapatkan di pasaraya .
12. Tadaa dah siap , nyum nyum , kalau atas tu letak white sos lagi ummmpp . Sedap , mudah dan berkhasiat , ramuan yang kita gunakan semua fresh bukan dalam tin . Mungkin nak tambah capsicum pun boleh , tiada masalah . Selamat Mencuba 💓

















No comments:
Post a Comment