Tuesday, September 26, 2017

Resepi Mee Suah Goreng September 2017


BAHAN-BAHAN
- Mee Suah
- Ayam Di Potong Dadu
- 1 Ulas Bawang Besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 5 Tangkai Cili Kering Direbus
- Sos Tiram
- Kicap Cair
- Kobis


1. Rebus mee suah sehingga lembut , jangan terlalu lama , nampak dah lembut toskan airnya
2. Tumbuk cili kering , bawang besar dan bawang putih .
3. Panaskan minyak , tuangkan bahan yang telah ditumbuk.Gaulkan.
4. Masukkan ayam yang telah di potong dadu terpulang nak letak banyak mana
5. Masukkan hirisan kobis
6. Masukkan 1 sudu sos tiram dan 1 sudu kicap cair , sedikit garam , tumiskan ia sehingga naik bau .
7. Masukkan mee suah , gaulkan ia sehingga sebati dan kering .
8. Sedia untuk dihidang , boleh tabur dengan bawang goreng dan hirisan timun .

Sunday, September 24, 2017

Urut Kaki Di Thai Odyssey The Guest Hotel & Spa Port Dickson

Urut Kaki Di Thai Odyssey The Guest Hotel & Spa Port Dickson

Badan belakang tiba tiba rasa kebas pula , jadi cuba cari pusat urut reflexology di Port Dickson , last last jumpa thai odyssey tapi sebenarnya urutan thai bukan reflexology . Ambil pakej Traditional Foot Massage untuk 1 jam , jadi lepas bayar dia minta duduk dulu dan tunggu tukang urut panggil , tukang urut dia taraf makcik makcik , khas dari thai , nak cakap english pun sepatah dua je .

Mula mula dia basuh kaki kita dulu , rasa segannya dan malu , kali terakhir orang basuhkan kaki sewaktu bayi , ni dah besar tiba tiba ada orang yang basuh kan agak janggal disitu , rasa macam tak sampai hati nak suruh dia cuci .

Lepas cuci , dia bagi seluar besar untuk di tukar , pada mulanya saya cakap tak boleh ke tak perlu tukar sebab saya urut tapak kaki je , dia cakap kena tukar juga . Dia akan bawa ke 1 bilik besar ada dalam 6 kerusi , tempat dia sangat tenang .

Sepanjang 1 jam saya tak tidur hanya melelapkan mata saja , rupanya dia urut bukan tapak kaki je , tapi sampai ke lutut patut dia suruh tukar seluar . Okey lagi 10 minit nak habis dia bawakan teh hijau rasanya , then dia suruh duduk di kerusi depan rupanya dia urut bahu kita pula , nak bagitau sewaktu urut berbaju dan berseluar bukan kena naked macam urut full tu , itu memang idok ler teman .



Kagumnya saya makcik ni urut tak nampak menggah , steady je dia tekan tekan dengan siku lagi , part last dia urut bahu entah macam mana dia suruh tangan angkat lepas tu dia tarik ke belakang dan tolak pergh kuat makcik ni , boleh rasa tenaga dia , saya pasti mereka telah di latih dengan teknik tersendiri .

Jika anda ingin berurut harga , pakej dan alamat boleh buka laman web mereka disini

How To Backup Iphone Whatsapp Chat On iCloud 2017

How To Backup Iphone Whatsapp Chat On iCloud 2017

Many iPhone user need more space for save all chat whatsapp or some want change to other phone so they need to save whatsapp history . The benefit when you backup whatsapp chat , in case your iphone are stolen , your whatsapp are safe , you can restore back all chat history on new phone . Also sometime your whatsapp are crash we need to remove and re install back , then just restore all chat from icloud.

Step 1
Open Whatsapp click Settings


Step 2
Click Chat Backup


Step 3
Click Back Up Now , you can choose whether Auto Backup Daily - Week or Month




1. If your storage not enought you can purchase icloud storage plan . First open Settings and click General .


2. Click Storage & iCloude Usage


3. Click Manage Stroge below ICLOUD


4. Cick Change Storage Plan



5. Choose PLAN , like me i just take 50GB for RM3.90/month just about USD1


Thursday, September 21, 2017

Rawatan Mandian Ais Alternatif Perubatan Islam & Moden





CVT iaitu Colour Vibration Therapy adalah suatu konsep perawatan penyakit dan penjagaan kesihatan alternatif dan komplimentari yang pertama seumpamanya menggabungkan faktor-faktor cahaya, warna dan bunyi serta kaitannya masa sebagai suatu keseimbangan alam semula jadi melalui penyediaan perkhidmatan, produk dan bahan ilmiah melalui Seni Sains Fizik Alamiah yang berasaskan Islamisasi Ilmu. CVT diasaskan oleh Professor Dr. Norhisham Wahab.

Mungkin ada yang sudah tahu dan baru tahu . Saya tahu mengenai CVT dari kawan ayah yang mana beliau pengamal CVT , kali pertama jumpa sangat terkejut penerangan yang diberikan . Dia mengesyorkan mandian fullmoon dan mandian ice .

Untuk mandian full moon ada tarikh tertentu , selalunya PERTENGAHAN BULAN HIJRIYAH di mana ketika itu bulan penuh . Caj rawatan RM200 . Homespa Ice Therapy terletak di seksyen 11 shah alam .



Jadual Tarikh Mandian Fullmoon




Salah satu kelebihan mandian fullmoon membuang radiasi buruk berlebihan iaitu cas yang membuat diri sering tidak bernasib baik , bermaksud disini setiap manusia mempunyai wave circle , wave ini memang kita tak nampak , wave yang lemah mudah serap gelombang dan tenaga negatif dan juga makhluk ghaib jin santau saka dan sebagainya . Jadi disini dia refresh segala anasir jahat , negatif yang berada dalam jasad kita selama ini , katakan kita hidup 30 tahun dalam tempoh 30 tahun bermacam macam jenis negatif2 , sway2  dan jin yang serap dalam jasad , kita kalau boleh nak membersihkan dan buang segalanya all the worst thing . Ini adalah sains fizik , boleh search di google about fullmoon bath .


Tujuan buat rawatan ini untuk kakak , untuk pulihkan balik semangatnya , jadi saya paksa dia buat rawatan ini . Waktu mandi jam 11:59 malam , jadi sampai di sini jam 11:30 , kena datang sebelum 11:59 sebab bulan penuh akan muncul dalam 1 jam begitu lepas tu awan mula menutupi , ada yang datang lambat sayang tak dapat mandi .

Lupa saya ingin beri tahu , ketika datang ke sini guna google maps , ketika masuk lorong seksyen 11 , belah kanan akan nampak kedai makan , masuk ke kiri just terus akan naik bukit , lepas turun bukit akan nampk homespa belah kiri , sebab google tak tunjuk habis lokasi tepat .

Tiba di homespa nanti pihak CVT akan berikan baju mandi , waktu ini dalam 10 orang juga yang mandi , air kolam ini mengandungi garam . Semua orang akan berpusing keliling kolam lebih kurang macam bertawaf , kelihatan seperti ada seorang ustaz yang jaga , mungkin sebagai lagkah berjaga jaga jika berlaku sebarang kemungkinan .

Ketika saya dan mak di ruang tamu , mak cuba bertanyakan kepada staff CVT mengenai masalah kakak dan dia memanggil Doktor yang merawat , Dr tanya tarikh lahir kakak , lepas saja mak bagitau terus dia bagitau tahun ini dia mengalami masalah emosi dan percintaan , saya spechless ketika itu ` how she know that` fuhh , so dia cakap takpe nanti saya akan mandikan dia dengan ais paling power sekali .

Lepas selesai bertawaf keliling kolam , sorang sorang akan masuk ke dalam bilik kecil sebelah kolam tu juga , Dr akan mandikan mereka dengan mandian ais , ada sorang tu bila Dr siram dengan ais menjerit jerit Allahuakbar Allahuakbar , saya dah cuak waktu itu , saya risaukan akak saya yang berada dalam kolam tu . Jadi tiba giliran kakak saya pula , dia cerita Dr cakap awak pegang tangan saya , ini yang paling power saya bagi , waktu Dr siram akak saya cakap sejuk dia tu tak dapat nak digambarkan , akak genggam je tangan Dr , mujur akak saya tak ada apa apa hehe .

Selepas semua selesai mandi , tiba untuk sesi diagnos dan analisis bersama Doktor . Sorang sorang akan masuk ke dalam bilik doktor , tiba giliran akak saya yang terakhir , saya dan mak ada sekali dalam bilik doktor . Jadi kita dengar penerangan dari doktor , mulanya dia minta tarikh lahir , dan mulanya dia diagnos dan bagitau masalah akak saya . Mungkin ada yang fikir macam tilik hanya berdasarkan tarikh lahir boleh tahu , okey biar saya terangkan dulu ,

Setiap orang ada no matriks , ketahuilah bahawa nombor atau angka dapat menjelaskan keterkaitan warna yang bersifat universal dan kompleks. Penjelasan tentang warna dan nombor ini akan memudahkan lagi kefahaman kita tentang kejadian-kejadian yang berlaku di dalam diri dan di sekeliling kita. Kejadian semua peristiwa terakam mengikut unit pada ukuran sel-sel dan DNA menerusi ruang pada kelajuan cahaya berwarna yang cukup bersistematik sebagai bukti kebesaran Maha Pencipta .

Jadi lepas doktor diagnos dia menceritakan semuanya mengenai kakak , saya hanya mengangguk dan mendengar . Doktor bagitau `tadi saya dah mandikan awak dengan ais paling power , sekarang roh awak dah zero , dah kosong , dah minus , all the worst past dah tiada , jangan fikirkan lagi . Doktor beritahu saya dah 20-30 tahun (jika tak silap) dalam bidang ini dah beribu pesakit saya , masalah awak ni hanya kecil saja , ada pesakit koma buat rawatan terus bangun (dengan izinNya) dan pelbagai lagi . Borak punya borak dah pukul 4 pagi .

Selesai sesi diagnos , kami pulang , saya bertanya pada kakak so how ? ada perubahan tak , dia kata biasa saja . Selepas sebulan kemudian baru nampak hasilnya , akak bagitau sekarang dah lebih positif , dah tak fikir langsung pasal lelaki (couple) , sekarang akak dah ada vision nak buat , macam macam planning nak buat . Memang saya nampak sangat perubahan ketara pada akak saya , she look more happy , very positif , very confident, ada je planning yang nak dibuat , kalau sebelum ni saya kena pushh untuk business . Malah gangguan gangguan mahluk pun sudah tiada . Syukur Alhamdulillah kan , saya dengar pun rasa happy.



Jadi saya sangat sarankan bagi mereka yang ada masalah dalam diri baik dari segi metal , emosi , gangguan makhluk jin saka atau sebarang penyakit cuba rawatan ini . Mungkin ada yang sudah berabis duit pergi berubat perubatan islam tapi masih tidak baik , kenapa tidak ikhtiar mencuba alternatif mandian fullmoon + ais . Kita hanya mampu berusaha , hanya Allah saja yang menentukan . Yang penting CUBA dulu baru tau , tak cuba takkan tau hasilnya .

Ini alamatnya





Saturday, September 16, 2017

Resepi Dumpling / Dim Sum Mudah & Sedap

BAHAN-BAHAN

- 2 Cawan Tepung Gandum
- 1 Biji Telur
- Ayam 3 Ketul
- Kobis
- Bawang Besar
- Daun Sup
- Kentang 2 Biji
- Kicap Cair




Video 
A post shared by Fuad Rodzuan (@fuad208) on



1. Masukkan 2 cawang/mug tepung gandum . Masukkan 1 biji telur dan 250ml air , gaulkan dengan garpu sehingga sebati .


2. Ulikan doh tadi dengan tangan selama 5 minit untuk kematagan doh . Pastikan doh tidak melakat di tangan . Kalau melekat tambah sikit tepung .



3. Pisahkan menjadi 2 bahagian dan tutup dengan kain .


4. Cincangkan ayam , saya guna 3 ketul ayam bahagian dada .


5. Kupas kulit 2 biji kentang (dalam gambar 3 , saya guna 2 saja sebab banyak) dan rebuskan seketika .


6. Potong dadu bawang .


7. Cincang kobis , macam coleslaw kfc .


8. Rebuskan sayur kobis , jangan lama , sekejap saja nak bagi lembut .


9. Ambil 1 bahagian doh tadi tebarkan ke dulang , sebelum itu pastikan dulang telah dititis sedikit minyak agar tidak melekat .


10. Potong menjadi petak .


11. Selepas kentang dan kobis sudah lembut , masukkan ayam cincang , kentang , kobis , bawang dan sup yang telah dicincang , 2 sudu besar kicap cair , boleh letak sos perasa maggi atau sos tiram , sedikit garam dan gaulkan sehingga sebati .


12. Ambil 1 sudu kecil inti letak di atas doh dan kepilkan , terpulang nak kepil macam mana .


13. Letakkan di atas pengukus selama 10 minit . Kalau doh lembik bermaksud belum cukup masak . Doh yang sudah dimasak berupa kenyal .


14. Tadaa sudah siap , boleh hidangkannya dengan sup atau cicah dengan kicap mahupun sos cili . Kalau dumpling tak nak kukus tapi nak goreng pun boleh tiada masalah . Selamat Mencuba .





Thursday, September 14, 2017

Resepi Pizza Cheese Simple

Resepi Pizza Cheese Simple

BAHAN BAHAN 
- Tepung Gandum 2 Mug
- 1 Peket Yeast
- Garam
- 4 Biji Tomato
- 1 Ulas Bawang Holland
- 7 Cili Kering 
- Italian Seasons
- 4 Sudu Besar Butter
- 1 Tin Nenas
- Cheddar Cheese
- Mozarella Cheese



1. Rebus tomato sehingga kulitnya terasing.



2. Masukkan 2 cawang/mug tepung ke dalam bekas 


3. Masukkan 1 paket yeast ke dalam 200ml air suam dan kacau sehingga sebati.


4. Buatkan bulatan di tengah tengah , gunakan garpu.


5. Tuangkan air yeast ke dalam tepung .


6. Kacau kacau dari bulatan tengah mengikut arah jam sehingga sebati .


7. Ulikan doh tepung sehingga matang . Uli , lempar , tarik , buat dalam 5 minit .


8. Bulatkan sehingga begini .


9. Tutup dengan plastik atau kain , biarkan dalam 30 minit begitu .


10. Sementara tunggu , buat sos pizza . Bawang holland di potong 6 .


11. Tomato tadi angkat dan toskan air , kupilkan kulitnya dan buang pusat atas yang warna putih .


12. Masukkan bawang dan tomato ke dalam blender .


13. Masukkan dalam 4 sudu besar cili kering yang telah di blend . Pastikan warna sos tomato kemerehan , jika tidak tambahkan lagi cili . Blendkan.


14. Sebelum panaskan kuali masukkan sos tomato yang telah di blend tadi .


15. Masukkan 4 sudu butter , kalau rasa kurang lemak boleh tambahkan lagi .


16. Masukkan Italian Seasons , ni saya saja tambah daun basil dan Garam secukup rasa .




17. Gaulkan sehingga pekat dan ketepikan .


18. Pastikan doh 2 kali lebih besar dari size asal . Kalau size sama seperti asal , bermakna doh anda gagal hehe , mungkin boleh buat roti canai . Kalau nak guna boleh saja , ia akan jadi pizza crust .


19. Panaskan oven dalam 180 celcius , kalau tak ada oven boleh masak atas kuali , tiada masalah .
Letakkan minyak sedikit di loyang , ratakan .


20. Doh pizza tadi jadikan 2 bahagian , 1 bahagian lenyekkan di dulang , tekan dan ratakan menjadi bentuk bulat .


21. Lepas dah bulatkan , cocok cocok dengan garpu .


22. Tuangkan dalam 4 sudu besar sos tomato tadi , ratakan .


23. Letkakkan kepingan cheddar atas pizza .



24. Taburkan mozzarella .


25. Letak nenas , terpulang banyak mana , lagi banyak lagi sedap , kalau tak suka nenas boleh tabur apa saja , daging , ayam , capsicum , buah zaitun , terpulang mengikut citarasa anda .



26. Masukkan ke dalam oven suhu dalam 180cc , selama 20 minit . Jika tiada oven boleh letak atas kuali , cara tradisional , api kecil saja dan tutup dengan periuk .


Tadaa pizza yang dah siap , sedia untuk di potong . Selamat Mencuba .