BAHAN-BAHAN
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 1 Biji Telur
- Ayam 3 Ketul
- Kobis
- Bawang Besar
- Daun Sup
- Kentang 2 Biji
- Kicap Cair
Video
1. Masukkan 2 cawang/mug tepung gandum . Masukkan 1 biji telur dan 250ml air , gaulkan dengan garpu sehingga sebati .
2. Ulikan doh tadi dengan tangan selama 5 minit untuk kematagan doh . Pastikan doh tidak melakat di tangan . Kalau melekat tambah sikit tepung .
3. Pisahkan menjadi 2 bahagian dan tutup dengan kain .
4. Cincangkan ayam , saya guna 3 ketul ayam bahagian dada .
5. Kupas kulit 2 biji kentang (dalam gambar 3 , saya guna 2 saja sebab banyak) dan rebuskan seketika .
6. Potong dadu bawang .
7. Cincang kobis , macam coleslaw kfc .
8. Rebuskan sayur kobis , jangan lama , sekejap saja nak bagi lembut .
9. Ambil 1 bahagian doh tadi tebarkan ke dulang , sebelum itu pastikan dulang telah dititis sedikit minyak agar tidak melekat .
10. Potong menjadi petak .
11. Selepas kentang dan kobis sudah lembut , masukkan ayam cincang , kentang , kobis , bawang dan sup yang telah dicincang , 2 sudu besar kicap cair , boleh letak sos perasa maggi atau sos tiram , sedikit garam dan gaulkan sehingga sebati .
12. Ambil 1 sudu kecil inti letak di atas doh dan kepilkan , terpulang nak kepil macam mana .
13. Letakkan di atas pengukus selama 10 minit . Kalau doh lembik bermaksud belum cukup masak . Doh yang sudah dimasak berupa kenyal .
14. Tadaa sudah siap , boleh hidangkannya dengan sup atau cicah dengan kicap mahupun sos cili . Kalau dumpling tak nak kukus tapi nak goreng pun boleh tiada masalah . Selamat Mencuba .
No comments:
Post a Comment