CVT iaitu Colour Vibration Therapy adalah suatu konsep perawatan penyakit dan penjagaan kesihatan alternatif dan komplimentari yang pertama seumpamanya menggabungkan faktor-faktor cahaya, warna dan bunyi serta kaitannya masa sebagai suatu keseimbangan alam semula jadi melalui penyediaan perkhidmatan, produk dan bahan ilmiah melalui Seni Sains Fizik Alamiah yang berasaskan Islamisasi Ilmu. CVT diasaskan oleh Professor Dr. Norhisham Wahab.
Mungkin ada yang sudah tahu dan baru tahu . Saya tahu mengenai CVT dari kawan ayah yang mana beliau pengamal CVT , kali pertama jumpa sangat terkejut penerangan yang diberikan . Dia mengesyorkan mandian fullmoon dan mandian ice .
Untuk mandian full moon ada tarikh tertentu , selalunya PERTENGAHAN BULAN HIJRIYAH di mana ketika itu bulan penuh . Caj rawatan RM200 . Homespa Ice Therapy terletak di seksyen 11 shah alam .
Jadual Tarikh Mandian Fullmoon
Salah satu kelebihan mandian fullmoon membuang radiasi buruk berlebihan iaitu cas yang membuat diri sering tidak bernasib baik , bermaksud disini setiap manusia mempunyai wave circle , wave ini memang kita tak nampak , wave yang lemah mudah serap gelombang dan tenaga negatif dan juga makhluk ghaib jin santau saka dan sebagainya . Jadi disini dia refresh segala anasir jahat , negatif yang berada dalam jasad kita selama ini , katakan kita hidup 30 tahun dalam tempoh 30 tahun bermacam macam jenis negatif2 , sway2 dan jin yang serap dalam jasad , kita kalau boleh nak membersihkan dan buang segalanya all the worst thing . Ini adalah sains fizik , boleh search di google about fullmoon bath .
Tujuan buat rawatan ini untuk kakak , untuk pulihkan balik semangatnya , jadi saya paksa dia buat rawatan ini . Waktu mandi jam 11:59 malam , jadi sampai di sini jam 11:30 , kena datang sebelum 11:59 sebab bulan penuh akan muncul dalam 1 jam begitu lepas tu awan mula menutupi , ada yang datang lambat sayang tak dapat mandi .
Lupa saya ingin beri tahu , ketika datang ke sini guna google maps , ketika masuk lorong seksyen 11 , belah kanan akan nampak kedai makan , masuk ke kiri just terus akan naik bukit , lepas turun bukit akan nampk homespa belah kiri , sebab google tak tunjuk habis lokasi tepat .
Tiba di homespa nanti pihak CVT akan berikan baju mandi , waktu ini dalam 10 orang juga yang mandi , air kolam ini mengandungi garam . Semua orang akan berpusing keliling kolam lebih kurang macam bertawaf , kelihatan seperti ada seorang ustaz yang jaga , mungkin sebagai lagkah berjaga jaga jika berlaku sebarang kemungkinan .
Ketika saya dan mak di ruang tamu , mak cuba bertanyakan kepada staff CVT mengenai masalah kakak dan dia memanggil Doktor yang merawat , Dr tanya tarikh lahir kakak , lepas saja mak bagitau terus dia bagitau tahun ini dia mengalami masalah emosi dan percintaan , saya spechless ketika itu ` how she know that` fuhh , so dia cakap takpe nanti saya akan mandikan dia dengan ais paling power sekali .
Lepas selesai bertawaf keliling kolam , sorang sorang akan masuk ke dalam bilik kecil sebelah kolam tu juga , Dr akan mandikan mereka dengan mandian ais , ada sorang tu bila Dr siram dengan ais menjerit jerit Allahuakbar Allahuakbar , saya dah cuak waktu itu , saya risaukan akak saya yang berada dalam kolam tu . Jadi tiba giliran kakak saya pula , dia cerita Dr cakap awak pegang tangan saya , ini yang paling power saya bagi , waktu Dr siram akak saya cakap sejuk dia tu tak dapat nak digambarkan , akak genggam je tangan Dr , mujur akak saya tak ada apa apa hehe .
Selepas semua selesai mandi , tiba untuk sesi diagnos dan analisis bersama Doktor . Sorang sorang akan masuk ke dalam bilik doktor , tiba giliran akak saya yang terakhir , saya dan mak ada sekali dalam bilik doktor . Jadi kita dengar penerangan dari doktor , mulanya dia minta tarikh lahir , dan mulanya dia diagnos dan bagitau masalah akak saya . Mungkin ada yang fikir macam tilik hanya berdasarkan tarikh lahir boleh tahu , okey biar saya terangkan dulu ,
Setiap orang ada no matriks , ketahuilah bahawa nombor atau angka dapat menjelaskan keterkaitan warna yang bersifat universal dan kompleks. Penjelasan tentang warna dan nombor ini akan memudahkan lagi kefahaman kita tentang kejadian-kejadian yang berlaku di dalam diri dan di sekeliling kita. Kejadian semua peristiwa terakam mengikut unit pada ukuran sel-sel dan DNA menerusi ruang pada kelajuan cahaya berwarna yang cukup bersistematik sebagai bukti kebesaran Maha Pencipta .
Jadi lepas doktor diagnos dia menceritakan semuanya mengenai kakak , saya hanya mengangguk dan mendengar . Doktor bagitau `tadi saya dah mandikan awak dengan ais paling power , sekarang roh awak dah zero , dah kosong , dah minus , all the worst past dah tiada , jangan fikirkan lagi . Doktor beritahu saya dah 20-30 tahun (jika tak silap) dalam bidang ini dah beribu pesakit saya , masalah awak ni hanya kecil saja , ada pesakit koma buat rawatan terus bangun (dengan izinNya) dan pelbagai lagi . Borak punya borak dah pukul 4 pagi .
Selesai sesi diagnos , kami pulang , saya bertanya pada kakak so how ? ada perubahan tak , dia kata biasa saja . Selepas sebulan kemudian baru nampak hasilnya , akak bagitau sekarang dah lebih positif , dah tak fikir langsung pasal lelaki (couple) , sekarang akak dah ada vision nak buat , macam macam planning nak buat . Memang saya nampak sangat perubahan ketara pada akak saya , she look more happy , very positif , very confident, ada je planning yang nak dibuat , kalau sebelum ni saya kena pushh untuk business . Malah gangguan gangguan mahluk pun sudah tiada . Syukur Alhamdulillah kan , saya dengar pun rasa happy.
Jadi saya sangat sarankan bagi mereka yang ada masalah dalam diri baik dari segi metal , emosi , gangguan makhluk jin saka atau sebarang penyakit cuba rawatan ini . Mungkin ada yang sudah berabis duit pergi berubat perubatan islam tapi masih tidak baik , kenapa tidak ikhtiar mencuba alternatif mandian fullmoon + ais . Kita hanya mampu berusaha , hanya Allah saja yang menentukan . Yang penting CUBA dulu baru tau , tak cuba takkan tau hasilnya .
Ini alamatnya









No comments:
Post a Comment