BAHAN BAHAN
- Beras Pulut
- Serbuk Kunyit
- Santan
- Garam
1. Gunakan beras pulut, tak kisah jenama apa , saya guna cap Rambutan , masukkan ke dalam bekas terpulang nak letak banyak mana , kalau 3 orang makan mungkin 5 cup.
2. Basuh dan isi air , letakkan serbuk kunyit , serbuk kunyit yang selalu guna untuk goreng ayam ikan tu.
3. Biarkan selama 2 jam sehingga beras kekuningan . Bilas beras dengan air .
4. Masukkan ke dalam loyang kecil , sebenarnya ada pelbagai teknik untuk masak guna pengukus , kalau pengkusus jenis lubang kecil tak perlu guna pelapik , kalau pengukus jenis lubang besar boleh lapik dengan daun pisang atau loyang kecil , saya guna loyang kecil . Pastikan ada ruang udara untuk wap keluar .
5. Tutup pengukus , biarkan dalam 15 minit atau sehingga beras pulut betul2 masak , boleh cubit sikit , kalau rasa jelantah tutup pengukus biarkan lagi.
6. Selepas pulut kuning sudah masak , asingkan ke dalam bekas lain . Masukkan santan sedikit demi sedikit , make sure santan lebih sikit sebab nak bagi pulut lembab tidaklah kering . Gaulkan ia , letak garam secubit saja , kalau tak nak letak pun tak apa dan masukkan balik ke dalam pengukus sehingga 5 minit begitu .
7. Selepas 5 minit , buka penutup kalau tengok pulut kuning sudah nampak cantik dan lembut kiranya pulut kuning anda sudah siap , sedia untuk dihidangkan dengan rendang ayam mahupun daging .
No comments:
Post a Comment