Wednesday, February 24, 2021

Resepi Kuah Kacang | Spicy Peanut

Resepi Kuah Kacang


The smell of kuah kacang so beautiful . Pandai orang-orang dulu cipta sajian ini , gabungan pelbagai bahan tumisan dan kacang menjadikan ia satu kombinasi yang sangat baik .

Selalunya dimakan bersama ketupat , lemang , cucur udang , cicahan steambot , mahupun kuah rojak .

Kacang tanah juga mempunyai sumber nutrisi yang terbaik ! Kaya dengan protein , mineral & vitamin .


BAHAN - BAHAN

- Kacang Tanah

Bahan Kisar
- Cili kering ( rebus seketika )
- Bawang besar 1 ulas
- Bawang putih 5 ulas
- Serai sebatang
- Halia seinch
- Lengkuas seinch
- Buah keras 2 biji



CARA MEMASAK

1. Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga kulit hangus sedikit


2. Untuk buang kulit kacang , fuad akan ramas dengan tangan sampai kacang tu togel , dan bawa kuali ke singki tiup dengan angin , nanti kulit akan bertebangan , yang tinggal hanyalah kacang . 


3. Kisar ke semua kacang , kalau suka halus kisar halus kalau suka kasar kisar kasar .
Tak ada blender boleh tumbuk guna lesung


Ini kisar halus


4. Panaskan minyak , masukkan bahan kisar . Minyak banyak tak apa , nanti boleh buang .


5. Masukkan 2 sudu besar gula dan 2 sudu kecil garam


6. Masak sehingga pecah minyak


7. Masukkan kacang kisar


8. Gaul sehingga sebati



9. Biarkan ia seketika , jika nak kuah cair , tambahkan air 



10. Sedia untuk dihidang



Boleh tonton video di bawah



SENARAI RESEPI KLIK SINI

SUBSCRIBE YOUTUBE

Resepi Rendang Ayam | Chicken Rendang

Resepi Rendang Ayam | Chicken Rendang

Rendang ialah sajian yang paling istimewa bagi fuad. Sebab kita gunakan banyak bahan dalam satu masakan , seperti cili , bawang , serai , lengkuas , halia , kunyit hidup , buah keras , daun kunyit , daun limau , santan , kerisik . Bunyi pun dah lovee sangat .

Ada banyak versi seperti rendang tok , rendang minang dan ada yang guna cili api . Selalunya belah2 kampung akan masak dengan lama sampai kering , lagi2 guna ayam kampung agak liat sedikit . Orang cakap lagi kering lagi sedap ! Tambahan rendang akan tahan lama berbanding berkuah . Ikut citarasa masing-masing .


BAHAN - BAHAN

Bahan kisar
- Cili kering
- Bawang besar 1 ulas
- Bawang putih 4 ulas
- Serai 2 batang
- Halia seinch
- Lengkuas
- Kunyit hidup setengah inch
- Buah keras 2 biji

Bahan Lain
- Kerisik 1 peket kecil
- Santan sekotak
- Daun kunyit
- Daun limau purut




CARA MEMASAK

1. Kisar semua bahan di atas , air paras cili


2. Panaskan minyak , masukkan bahan kisar


3. Tumis sehingga pecah minyak , bezanya tengok warna akan jadi gelap


4. Masukkan 2 sudu besar gula dan 2 sudu kecil garam


5. Masukkan mana-mana bahagian ayam


6. Masukkan santan sekotak



7. Masukkan hirisan daun kunyit


8. Masukkan daun limau purut



9. Masak seketika , jika tawar tambah garam dan gula . 
Jika nak kering masak lebih lama 



10. Sedia untuk di hidang




Boleh tonton video di bawah

Friday, February 19, 2021

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api | Creamy Spicy Catfish

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api 


Masak lemak cili api hidangan yang tidak asing di Malaysia , katanya berasal dari nogori sembilan . Tapi versi nogori lagi podeh . Yang paling selalu orang masak Ayam Lomak Cili Api , tapi kalini fuad gunakan ikan keli . Ada orang tak gemar sangat ikan keli ni , my sister & dad memang tak makan , geli katanya haha . Ikan keli now day dah tak adanya nak kutip kat celah celah parit , sekarang semua ternak dalam kolam , sebab tu tak bau hanyir . Tambahan harga yang murah dari ikan yang lain , dalam RM4++/kg . Sodap pun sodap , kalau buat goreng garing2 tu , kepala pun fuad makan !

BAHAN-BAHAN

Bahan Kisar
        ⁃       20 pcs cili api (kalau suka pedas tambhkan lagi)
        ⁃       2 pcs cili merah
        ⁃       1 ulas bawang besar
        ⁃       4 ulas bawang putih
        ⁃       1 inch halia
        ⁃       1 inch kunyit hidup
        ⁃       1 pcs serai

Bahan Lain
        ⁃       ikan keli (nak buang lendir hanyir lumur ngan tepung dan cuci)
        ⁃       daun kunyit (hiris halus)
        ⁃       1 kotak santan (yang kecil)
        ⁃       kerisik 1 sudu kecil
        ⁃       3 biji tomato 
        ⁃       kacang panjang 


CARA MEMASAK

Hiris semua bahan kisar supaya mudah di blend


kisar semua bahan


Tuang ke dalam kuali tanpa minyak . Okey orang akan tanya kenapa cili kering kena tumis dengan minyak tapi cili hijau tidak . Senang je , sebab cili merah dan cili hijau adalah Cili Segar , boleh makan begitu saja berbanding cili kering tidak , sebab itu perlu masak dengan minyak . Jadi masak lemak cili api ni masakan berkhasiat sebab tiada minyak digunakan .


Masukkan ikan keli . Ikan ni nak buang hanyir kena lumur dengan tepung gandung then bilas , memang langsung tiada lendir mahupun hanyir .


Masukkan santan sekotak


Masukkan air sediikit


Masukkan hirisan daun kunyit


Masukkan 2 sudu kecil kerisik , jangan letak banyak sebab kita bukan nak buat rendang , saja nak buat tambah rasa . Jika tiada kerisik pun tak apa .


Masukkan air asam jawa sikit


Masukkan kacang panjang dan tomato . Garam 3 sudu kecil .


Siap untuk di hidang


Kalau lemak cili api rasa mcm payau atau tak kick mungkin santan tak cukup tu atau kurang garam , make sure sampai rasa lemak cili api dan kalau colour tak menarik boleh buh sikit serbuk kunyit



Boleh tonton video di bawah


Resepi Udang Kari Bendi | Curry Prawn Ochro

Resepi Udang Kari Bendi 

Selalunya kari dimasak bersama ikan mahupun ayam , tapi yang paling popular mestilah kari kepala ikan . So yang ni fuad tukar kepada udang . 

Kalau nak tau ramai sebenarnya yang gagal masak kari dengan sedap , kadang kala tu geram jugakan asyik buat je tak menjadi . Base on fuad punya kaji selidik ada tiga faktor kenapa kari kita kurang uumph .

Pertama , kari tidak ditumis dengan baik , jangan ingat cili kering je kena pecah minyak , kari pun sama dan garing sedikit .

Kedua , minyak terlalu sikit . Pernah tengok periuk kari mamak ? Confirm nampak banyak minyak kan , itulah salah satu rahsianya . Bila minyak banyak ia dapat membuatkan kari kita dimasak dengan begitu baik .

Ketiga , santan terlalu sikit . Bila santan cukup baru terasa lemaknya .

okey ini bahan-bahanya


Bahan Kisar / Tumis

- Bawang besar seulas atau dua

- Bawang putih 4-6 ulas

- Hali 1 inch

Bahan Lain

- Udang

- Cili kisar atau cili boh atau serbuk cili 1 peket kecil

- Santan sekotak 

- Serbuk kari tak kisah daging atau ikan

- Cili satu tangkai

- Bendi 5 tangkai


CARA - CARANYA



Udang dicuci , gunting misai


Kisar bahan tumis dengan sedikit air sahaja


Serbuk kari digaul dengan air dan ketepikan


Panaskan minyak , make sure minyak banyak , tak apa nanti boleh buang sikit lepas masak .
Tumis bahan kisar


Masukkan 4 sudu besar cili kisar atau cili boh atau sepeket kecil serbuk cili


Masukkan serbuk kari


Masukkan halba campur 1 sudu kecil


Bunga cengkih satu sudu kecil dan biarkan sehingga bahan tumis pecah minyak 


Masukkan udang dan sedikit air


Masukkan santan


Masukkan bendi yang sudah dipotong hujungnya


Masukkan cili dan tomato


Masukkan 3 sudu kecil garam , rasa , kalau tak cukup lemak tambahkan lagi santan , kalau tawar tambah garam , sampai jadi .






Sedia untuk dihidang , boleh dimakan bersama nasi , roti atau apa sahaja .



Boleh tonton video disini