Monday, February 1, 2021

Resepi Ayam Masak Merah | Chicken Spicy Tomato Puree Recipe

Ayam Masak Merah selalunya dihidangkan kepada tetamu untuk pelbagai majlis , seperti kenduri kahwin , rumah terbuka , sambutan ulang tahun dan doa selamat . Ia juga dimakan bersama nasi tomato . Hidangan yang cukup ringkas ini bukan sahaja mudah untuk dibuat malah menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat. 

Bahan utama semestinya rasa tomato diiringi dengan cili dan rempah , bila makan mesti kena rasa tomato tu dulu , sebab tu fuad sarankan guna tomato puree bukan tomato sos . Tapi kalau dah tak ada boleh saja guna tomato sos sebagai ganti .


Bahan-Bahan

- Ayam 5-6 pcs (mana-mana bahagian)
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 biji bunga lawang
atau beli je yang peket kecil rempah tumis 4 sekawan tu semua ada dlm tu tapi jangan habiskan semua , guna sikit je .
- Daun ketumbar atau daun sup atau daun bawang atau daun selum (tengok mana yang ada stok)
- Bawang goreng
- Tomato puree yang bekas kecil , kalu nk guna sos tomato pun boleh tapi tak kick sebab base utama ayam masak merah ni dia punya tomato tu , kalau guna tomato puree mmg terasa.


Bahan Kisar
- 25 tangkai cili kering yang dah direbus seketika
- Bawang besar 1 ulas
- Bawang putih 4 ulas
- Halia seinch
- 1 batang serai
Masuk semua ke dalam blender , masukkan air paras cili then blend .




Cara-Cara Masak
- Panaskan minyak
- Tumis rempah sekawan tu
- Masukkan bahan kisar cili
- Kacau sehingga pecah minyak , penting ya , bila menumis cili pastikan pecah minyak , kalau tak cili masih rasa mentah dan masakan jadi tak sedap .
- Masukkan gula dalam 3 sudu besar
- Garam 3 sudu kecil
- Masukkan 4 sudu tomato puree
- Kacau-kacau
- Then masukkan ayam , ayam ni terpulang sama ada nk goreng dulu atau tak , most makcik2 kampung dia org goreng dulu separuh masak sebab nak cepat masak dan tahan lama tapi fuad tak suka goreng sebab nak kan juice dia . 
- Masukkan daun , then tabur bawang goreng , cuba rasa okey tak kalau tawar tambahkan garam sampai rasa okey then sedia untuk dihidang .

Selamat mencuba ...

Boleh tonton video di bawah

No comments:

Post a Comment