Thursday, April 29, 2021

Resepi Kuih Ketayap


BAHAN-BAHAN
Kulit 
- Tepung gandum 4 sudu besar
- Santan 4 sudu besar
- Daun pandan 5 helai

Inti
- Kelapa parut setengah biji
- Gula melaka setengah biji
- Daun pandan sehelai 

 


CARA MEMASAK

1. Hiris daun pandan 


2. Masukkan ke dalam pengisar dan masukkan sedikit air


3. Masukkan tepung ke dalam bekas besar


4. Ambil penapis dan tuangkan air daun pandan ke dalam tepung , sikit demi sedikit


5. Gaulkan adunan tepung sehingga tepung menjadi hijau.
Tambahkan 1 sudu kecil garam



6. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati



7. Panaskan kuali dengan api yang kecil dan sapukan minyak sedikit supaya adunan tidak melekat


8. Biarkan sehingga atas kulit tidak gelembung dan angkat . 
Begitu seterusnya sehingga adunan habis.


9. Untuk inti , masukkan sedikit air di kuali


10. Masukkan gula melaka dan daun pandan yang sudah disimpul


11. Apabila gula melaka sudah cair masukkan kelapa parut


12. Gaulkan ia sehingga sebati dan menjadi kering .



13. Ambil kulit ,letak di piring dan letak sesudu inti kelapa di atas
Jangan terlalu banyak , sedang sedang sahaja


14. Lipatkan ia menjadi gulung



15. Sedia untuk di hidang



Tonton Video Di Bawah


SENARAI RESEPI KLIK SINI

SUBSCRIBE YOUTUBE

No comments:

Post a Comment