Sunday, July 18, 2021

Resepi Sambal Sotong Pulut



BAHAN-BAHAN
- Sotong sederhana 10 pcs
- Beras pulut 2 pot
- Santan 200ml

Bahan Kisar
- Cili Kerinng 23 pcs (di rebus 7 minit)
- Bawang Besar seulas
- Bawang Putih 5 ulas
- Belacan 2 inch





CARA PENYEDIAAN

1. Beras pulut boleh kukus atau masak seperti nasi biasa .

2. Selepas pulut dah masak , letakkan ia di atas pinggan . Curahkan sedikit air santan dan gaulkan ia .


3. Ambil sudu kecil , sumbatkan pulut ke dalam sotong , isi separuh sahaja . Ketepikan ia .


4. Untuk sambal , masukkan semua bahan kisar ke dalam pengisar , 
tuangkan air paras cili dan kisarkan ia .

5. Panaskan kuali , tuangkan minyak melebihi bahan kisar . 
Minyak dah panas masukkan bahan kisar .

6. Masukkan 3 sudu besar gula dan 2 sudu teh garam . Gaulkan ia , tumis sehingga cili masak .


7. Apabila cili dah masak masukkan kepala sotong dan badan sotong yang telah disumbat dengan pulut.


8. Gaulkan dengan cermat , kita tak nak bagi pulut keluar .


9. Bila sotong dah masak dan sambal sudah pekat boleh tutup api .


10. Siap untuk dihidang 



Tonton Video Di Bawah


No comments:

Post a Comment