Sunday, May 30, 2021

Resepi Ayam BBQ


BAHAN-BAHAN
- Thigh/Leg Ayam 3 ketul
- Sos Cili 2 sudu besar
- Sos Tomato 2 sudu besar
- Sos Seafood 2 sudu besar
- Kicap Manis 2 sudu besar
- Kicap Masin 2 sudu besar
- Mayonis 2 sudu besar
- Gula 1 sudu besar
- Garam 1 sudu teh

Bahan Kisar
- Bawang Besar seulas
- Bawang Putih 5 ulas
- Halia 2 inch



CARA MEMASAK

1. Kisar bahan kisar dengan sedikit air


2. Masukkan 3 ketul ayam ke dalam bekas dan tuangkan bahan kisar di atasnya


3. Tuangkan sos cili , sos tomato , sos seafood , mayonis , kicap masin, kicap manis , garam dan gula


4. Gaulkan ke semuanya


5. Buka foil dan letakkan ayam di atas foil dan lipatkan tutupkan ia , buat 2 lapisan .
Kalau nak bakar terus ke atas arang pun boleh .



6. Letakan perapan ayam yang sudah di foil ke atas jaring besi bbq .
Bakar dalam 20 minit api kecil


7. Selepas 20 minit boleh angkat letak di pinggan , siap untuk dimakan




Tonton Video Di Bawah

SENARAI RESEPI KLIK SINI

SUBSCRIBE YOUTUBE

No comments:

Post a Comment