Monday, May 31, 2021

Resepi Sotong Masak Kicap Dakwat Hitam


BAHAN-BAHAN
- Sotong 500gram-1kg
- Kicap Masin
- Kicap Manis

Bahan Tumis
- Bawang Besar seulas (dihiris)
- Bawang Putih 4 ulas (dihiris)
- Cili Merah setangkai (dihiris)
- Cili Hijau 2 tangkai (dihiris)
- Serai 2 batang (dihiris)
- Kunyit Hidup seinch (dihiris)




CARA MEMASAK

1. Panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak untuk menumis .
Masukkan ke semua bahan tumis 


2. Tumis sehingga naik bau dan masukkan kicap masin sedikit , jangan tuang terlalu banyak dikhuatiri 
masin dan tuangkan kicap manis sedikit sahaja .



3. Masukkan ke semua sotong dan tuang air sedikit , cuba rasa kalau rasa tawar tambahkan lagi kicap masin , jika rasa masin tambahkan air .



4. Biarkan seketika sehingga sotong masak , jangan terlalu lama ia boleh menyebabkan sotong menjadi kecil 

 

5. Siap untuk dimakan





Tonton Video Di Bawah


No comments:

Post a Comment