Saturday, May 8, 2021

Resepi Sambal Ikan Cencaru

 


BAHAN-BAHAN
- Ikan Cencaru

Bahan Kisar
- Cili Kering segenggam (direbus 5 minit)
- Bawang Besar setengah ulas
- Bawang Putih 4 ulas
- Belacan 2 inch
- Ikan Bilis 6 ekor


CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah dibelah dua sehingga sedikit garing

2. Selepas ikan sudah dimasak , buang sedikit minyak tadi untuk kita menumis bahan kisar pula

3. Masukkan bahan kisar ke dalam pengisar dan tuangkan air sehingga paras cili dan kisarkan sehingga hancur . Masukkan ke dalam minyak yang sudah panas, tumis sehingga pecah minyak , cili akan bertukar menjadi pekat dan minyak akan bertukar perang . Sentiasa gaul .

4. Masukkan 3 sudu besar gula dan 2 sudu teh garam

5. Apabila tumisan nampak cantik dan sedikit pekat masukkan ke semua ikan dan gaul sehingga sebati


6. Biarkan ia sedikit garing 

7. Angkat dan sedia untuk di makan , boleh makan dengan nasi panas panas .




Tonton Video Di Bawah



No comments:

Post a Comment