Tuesday, June 22, 2021

Resepi Paru Goreng Ketumbar



BAHAN-BAHAN
- Paru Lembu 300gram (direbus seketika)
- Biji Ketumbar 1 sudu besar

Bahan Tumis
- Bawang Holland seulas (hiris bulat)
- Bawang Putih 2 ulas (dihiris)
- Cili Api 2 tangkai (hiris serong)
- Cili Merah setangkai (hiris serong)


 


CARA MEMASAK

1. Panaskan kuali , tuangkan minyak banyak sikit sebab kita nak mengoreng paru . Paru hendaklah direbus terlebih dahulu , jangan terlalu lama dikuatiri akan lembik . Potong kecil-kecil.

2. Minyak dah panas , masukkan paru yang telah dipotong . Agak-agak dah garing angkat.


3. Buang minyak tadi , tinggalkan sedikit sahaja untuk kita menumis . Masukkan bahan tumis .


4. Masukkan paru yang telah digoreng tadi .


5. Masukkan 1 sudu besar biji ketumbar , gaulkan ia .



6. Sedia untuk dihidang



Tonton Video Di Bawah


No comments:

Post a Comment